cover pic

Thursday, June 3, 2010

AWAN BERARAK

  

         Terlalu banyak benda yang JR suka dalam hidup. Selain melihat bintang di waktu malam. Melihat awan berarak juga salah satu hobi atau kesukaan JR. JR sukakan awan. Sangat suka. Gambar-gambar di bawah ini diambil sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai dengan latihan bola sepak. Bukanlah sesuatu yang istimewa kerana gambar ini diambil menggunakan kamera telefon bimbit. Tetapi memang berbaloi untuk berkongsi sesuatu yang sememangnya indah yang JR sukai. Sesuatu yang jarang boleh diungkapkan dengan kata-kata melainkan melihatnya dan tersenyum dalam ketenangan.
 

Apakah yang mungkin tersembunyi dibalik sana.
Segalanya sangat indah. Sangat indah.
Dan hatiku tersenyum lebar.
Hatiku tenang dan damai.
Hilang segala masalah dunia.
Hilang segala duka lara yang selalu membelenggu.


Lihatlah dunia.
Senyumlah tanpa teragak-agak.
Kerana kita takkan mungkin pernah merasa kekurangan.
Bahkan, dunia pasti meyajikan kita dengan ketenangan.
Keindahannya yang sememangnya tiada tolok bandingan.

        
          Masih banyak benda yang belum kita terokai dalam hidup. Segala sesuatu yang diciptakan olehNya sangatlah sukar digambarkan dengan kata-kata. Dari itu sentiasalah bersyukur dengan setiap pemberian dan kurnian yang kita ada. Percayalah, hidup ini terlalu singkat untuk kita pertikaikan segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Terima seadanya dan besyukurlah tanpa menginginkan yang lebih. 


"Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti"



Sekian saja untuk kali ini,
JRP aka. JR

No comments:

Post a Comment