Keharmonian dalam sesuatu perhubungan bemula dengan sikap saling percaya mempercayai. Walaupun tidak seratus peratus, mungkin kamu meletakkan separuh kepercayaan pada si dia. Tetapi mudahkan kamu memberikan kepercayaan pada si dia. Panduan dibawah mungkin membantu kamu untuk menilai sejauh mana kamu boleh memberikan kepercayaan pada si dia.
KOMITMEN
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tetapi juga lebih daripada itu. Jika kamu ataupun si dia berani memberikan komitmen dan bersungguh² dalam perhubungan, tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing² akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya.
JUJUR
Kejujuran menjadi salah satu pelengkap keharmonian dalam sesuatu perhubungan. Jika kamu dan si dia jujur, kamu tidak perlu rasa sangsi dengan setiap tutur kata dan tindakkannya. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya kamu berdua sepakat demi menjayakan hubungan yang terbina.
TERIMA SEADANYA
Faktor dalam menjayakan hubungan adalah menerima antara satu sama lain. Setiap kebaikan dan keburukanmu menjadi penghibur hatinya. Dia juga tidak merungut ataupun melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perhubungan. Usahanya ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan antara kalian.
PENGERTIAN
Kamu tentunya berharap agar si dia mengerti dan menerima pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika terdapat perbezaan sekalipun, si dia bijak menangani situasi ini. Tindakannya tidak menampakkan perbezaan pandangan di antara kalian.

YAKIN
Apabila rasa yakin, kamu boleh memberikan pandangan bersama si dia. Baik dalam hal² remeh-temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan sentiasa merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu.

ELAKKAN RASA TIDAK PUAS HATI
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan.
BERFIKIRAN TERBUKA
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun pada hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi si dia amat memahami setiap gerak geri tindakan dan reaksi wajahmu.
RUANG KEBEBASAN
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa berada disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan. Apa yang penting, jangan pula berfikir yang bukan² dan menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan itu kerana ini bukanlah niatnya, sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
JAUH DIMATA DEKAT DIHATI
Saat terpisah dengan jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling meindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu.
HORMAT-MENGHORMATI
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya.

**Rasanya usikan manja dan gurau senda juga penting dalam mengukuhkan lagi hubungan.**
Salam sayang,
Jerung Rimba Putih