**NI UNTUK SEMUA & PLEASE JGN KAITKAN IA DENGAN SIAPA2**
Post kali JR aku buat simple2 jelah.... Serioulsy, memang banyak sangatx1000 yang JR nak post tapi memandangkan JR kene pikir untuk kebaikan diri, kawan2, teman2, rakan taulan, sahabat handai, sahabat karib dan of course org2 yg banyak beri influenced kat JR.
So, JR tanak ada sapa2 cuba kaitan diri dia dalam post tuk kali ini. Btw, ini bukan "UTUSAN" dari Syurga sbab hidup sejuta tahun skali pun belum tentu JR layak jejak kaki ke tempat tu.
Btw, I'm not a
PSYCHO
Namun kebahagiaan sesebuah perkhawinan bukan terletak pada isteri sahaja, suami juga harus menjadi insan tersayang yang mengembirakan interi sepanjang masa walau dalam keadaan apa sekali pun.
Bukan sekadar memiliki perwatakan yang menarik tetapi memiliki satu pakej yang sempurna sehingga menjadi teladan kepada semua, disayang isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan akhirnya Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Berikut ada petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari seorang wanita bergelar isteri. Jadilah suami yang terbaik untuk isteri.
30 PESANAN BUAT SUAMI
1. Pucuk pangkal kepada sesuatu perkara bermula daripada niat yang betul.
Sekiranya anda berniat dan berdoa untuk menjadi suami yang terbaik, tentu anda akan mencapainya. Tanpa niat dan doa harapan anda itu akan tinggal harapan sahaja dan tidak mungkin akan menjadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengena perkara ini.
2. Sentiasalah bersyukur dangan jodoh yang ditentukan buat anda.
Bersyukurlah kerana mempunyai pasangan. Yakinlah bahawa isteri adalah pasangan terbaik buat anda. Hargailah dia dan berilah layanan yang selayaknya.
3. Jadilah suami mithali yang dibanggakan seorang isteri.
Menjadi suami yang mithali bermakna anda harus tunjukkan contoh yang baik. Tanya diri anda apakah anda mempunyai sifat dan amalan yang boleh dibanggakan isteri.
4. Peruntukkan masa berbual dengan isteri setiap hari walaupun sebentar.
Setiap isteri pasti bahagia apabila suami berbual dengannya. Tanya diri anda berapa minit anda luangkan masa bersama isteri setiap hari?
5. Pulanglah kerumah dengan senyuman dan bersemangat.
Bukan pulang dengan keletihan dan wajah yang masam. Senyuman anda akan membahagiakan isteri dan anak-anak dan rahmat akan turun. Senyumlah apabila sampai di rumah.
6. Gunakanlah masa yang ada.
Gunakanlah masa didalam kenderaan untuk bergurau senda dengan isteri ketika menghantarnya ke tempat kerja atau kemana sahaja. Ini kerana ramai suami lebih suka membisu ketika memandu daripada berbual dengan isterinya.
7. Ringankan tangan menelefon atau menghantar sms.
Telepon dan sms kepada isteri dengan menyatakan anda sayang dan rindu kepadanya. Pasti isteri akan terasa seronok dan bahagia anda berbuat demikian.
8. Bergurau dan bersenda semasa menelefonnya.
Selain menghubungi isteri, hiburkanlah hatinya dengan bercerita, buat lawak atau gurauan. Gurauan itu pasti mengubat hatinya dan mengeratkan hubungan anda berdua.
9. Jadikanlah makan bersama setiap hari sebagai satu amalan.
Ketika itu anda boleh berbual dan saling menasibhati. Amalan ini akan mengeratkan hubungan. Disamping itu, elakkan berbual mengenai perkara yang melalaikan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.
Ini adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan anda berdua.
11. Tolong isteri buat kerja rumah bagi meringkan bebannya selain mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Jadikan mesyuarat keluarga satu amalan.
Ini boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah dan mengelakkan daripada salah sangka atau prasangka yang tidak baik.
13. Pastikan penampilan anda kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Kebanyakan suami ingin melihat isterinya sentiasa cantik tetapi dalam masa yang sama mengabaikan penampilan diri sendiri. Ini tidak adil.
14. Mendidik isteri adalah tanggungjawab anda.
Didiknya dengan memberikan nasihat secara berhikmah. Tindakan anda sendiri akan menjadi contoh kepadanya. Jadi elakkan bercakap tak serupa bikin.
15. Jangan abaikan nafkah isteri.
Berikan mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah isteri kerana isteri berkerja.
16. Jadilah suami yang menjadi penawar hati isteri.
Sentiasa ambil tahu keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Taatlah kepada perintah Tuhan
Sentiasa taat kepada perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kerana sebagai ketua keluarga anda bertanggungjawab terhadap mereka.
18. Simpanlah rahsia isteri.
Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isterinya. Namun ada juga suami secara sengaja atau tidak meceritakkan keburukkan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Keluarga isteri dan keluarga anda tiada bezanya.
Kedua-duanya harus dilayan dengan sebaiknya. Jangan membeza-bezakan diantara keduanya dan jauh sekali memusuhinya.
20. Tiada suami yang tidak cemburu kepada isterinya.
Cemburu juga tandanya sayang dan peduli. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Steri suka apabila suami mempunyai sifat cemburu dan membuatkan dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf kerana syurga isteri dibawah tapak kaki suami.
Maafkan isteri sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Menegur dengan cara dan adab yang betul.
Tegurlah isteri dengan penuh hikmah dan kasih sayang apabila dia melakukan kesalahan. Cara menegur yang kasar akan membuatkan isteri merajuk. Apabila berkasar, isteri akan rasa takut, bingung, sedih dan memberontak.
23. Jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai contoh.
Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang terbaik untuk menghidupkan amalan sunnah dalam rumahtangga. Setiap kali menasihati atau mendidik keluarga sebutkan nama rasul agar suasana lebih berhemah dan lebih dapat menyejukkan hati setiap penghuni rumah.
24. Sentiasalah dahulukan keperluan isteri dari orang lain
Ini adalah kerana ia adalah tertib yang seharusnya diaambil perhatian serius dalam memberi khidmat. Ini ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.
25. Ingatkan isteri mengenai solat dan ibadah lain.
Sentiasalah mengingatkan isteri akan solat dan amal ibadah dan sekiranya berjauhan, telefon atau ingatkannya melalui kiriman sms. Lakukan ini sehingga ke akhir hayat.
26. Mencintainya dengan sepenuh hati.
Cintailah isteri sepenuh hati, tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif.
Sentiasa melakukan sesuatu perubahan positif yang ketara. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Perlihatkan keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.
Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamerkan kematangan yang tinggi
Ini adalah kerana orang yang matang akan tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan isterinya sahaja.
Ramai lelaki hormat wanita tertentu sahaja dan membuatkan isteri kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat wanita lain termasuk pembantu rumah.
Jerung Rimba Putih