Rasanya dah lama aku berfikir yg smua gambar2 masa aku kecik2 dulu dah terbakar. Yelah, dulu aku dan sekeluarga pernah mengalami kebakaran rumah yg mana semua benda yg dapat diselamatkan cuma barang2 elektrik saja. Smua pakaian dan harta benda lain dah terbakar TERMASUK dokumen2 kelahiran seisi ahli keluarga yg mana ada IC, sijil kelahiran, surat kawin, gambar2 masa kecik satu family and banyak lagi lah surat2 yg penting. Sbab smua dokumen2 tu disimpan dalam satu beg case dan digantung je kat dinding.
Masa kebakaran tu smua panik so memang tak teringkat pun pasal benda2 tu... Sayang sekali masa tu aku kecik lagi dan masih ingat lagi yg aku just kaku menangis melihat bapa mcm org hilang akal nak masuk balik rumah yg tengah marak dijilat api tu walaupun penduduk sekeliling cuba halang dia.
Masih ingat lagi petang tu sekitar 1.30pm mcm biasa kakak akan masak kuih tuk mama yg suka tonton tv ngan cerita2 telenovela. Tetiba org teriak kat luar mcm kena sawan babi. Then akak yg tengah masak pun tetiba mcm kena sawan babi juga nak tarik2 kitorang smua suruh kluar dari rumah. Asap berkepul2 masuk ruang tamu. Smua dah kluar.
Tetiba masa kat luar mak tanya mana abg(David). Kakak geleng2 kata tak tau. So, kali ni mak plak jadi heroin. Mak lari masuk rumah semula teriak2 pangil nama abg. Masa tu abg tido nyenyak lagi kat ruang tamu. Tak terasa kot sbab asap tu kan tinggi. Tetiba mak kluar dari pintu belakang ngan abg yg masih liat2 lagi keadaannya.
Bapa balik dari kerja dan aku pun terkejuk juga bila bapa pun mcm kena sawan babi jugak (hahaha..) dan kali ni dikapaknya jendela itu dengan tergesa2 dengan tujuan dapat menyelamatkan harta benda kami. Aku terdiam kaku nangis saat bapa bersabung nyawa dan aku cuma hanya berdiam diri sbab dipegang erat oleh mak.
Dan kini yg tinggal kenangan cuma satu gambar ini, lah iaitu gambar satu family yg mana digunakan untuk mendapat permohonan penduduk tetap oleh bapa. Nak apply IC jadi penduduk tetap waktu tu so kena ada gambar membuktikan yg bapa dah lama bermastautin di Malaysia dan dah beranak pinak dah... So, rasanya tinggal satu nie jelah gambar yg ada...
Ni lah gambar seisi keluarga yg betul2 cuma tinggal satu sbab ini adalah salinan daripada imegresen yg dikembalikan beberapa tahun kemudian. Syukurlah masih ada gambar aku masa kecik2 dari takda langsung. Mak kata masa aku kecik badan gemuk nak mampus mcm panda bunting.
Tak caya ke???
Ni lah aku masa kecik2. Masa baru jadi anak ikan jerung....
Ni masa anak ikan tu dah jadi Jerung Rimba Putih yang gagah perhensem! har har har...
Btw, punca kebakaran adalah disebabkan oleh org Indon yg guna pemasak air pakai besi je main celup tu. Diorang bangang sbab sibuk je ngan berjudi sampai tak ambil kisah pasal benda tu dah meletup agaknya...
Oklah, kang crita panjang2 kata aku bebel plak! haha..
Kalo masa bleh diundurkan, aku nak sepak bontot org Indon tu laju2 biar dia tau rasa sakit hati aku skrg... har har har
Moral of the story : Kalo masak air jangan sibuk buat benda lain. Berjudi plak tu. Bangang!!!
Salam sayang smua dari,
Jerung Rimba Putih