Sedutan post sebelumnya:-
"Tapi itu semua cerita lama.. Kini saya ada cita2 baru… mungkin juga satu angan2 baru… tetapi sudah lama saya praktikkan sehingga angan2 ini pernah menjadi satu bahan pertengkaran dingin antara sebilangan pihak. Saya rasa bersalah walaupun sudah berkali2 saya beri penjelasan. Kadang kita kena faham betul2 dan tidak boleh pentingkan diri. Dahulukan diri sebelum orang lain. Itu betul bagi saya tetapi betul juga untuk dia kerana ingin dirinya didahulukan. Toleransi serta faham-memahami. Itu yang penting."
Beberapa tahun yang lepas, terdetak di hati saya untuk cuba mengukir nama seperti org lain. Tak kira dengan apa cara kebaikan sekalipun. Saya tidak punya kepintaran mcm org lain, tidak pun harta peninggalan dari turun-temurun untuk buat saya hidup senang, tidak punya bapa atau mak yg berada yang boleh buat saya tak perlu bersusah payah untuk berkerja membanting tulang hingga ke malam hari. Tapi itu bukan alasan bagi saya untuk Berjaya seperti org lain. Berjaya dan boleh dibanggakan. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kebolehan mereka. Saya punya sedikit bakat. Punya kekuatan semangat yang kental. Saya mahu berjaya. Dan yakin boleh berjaya.
Semuanya bermula pada tahun akhir saya menjejakkan kaki di kolej, saya sangat tertarik dengan satu larian. Saya cuba cari tahu dari mana2 pihak TM yang tahu mengenai larian itu. Saya juga mencari sehingga ke internet dan menjumpai banyak info.Hati saya tersenyum gembira. Itulah yang saya cari.Bakat saya yang tak seberapa tu bolehlah saya gunakan dengan sebaiknya pada larian ini. Saya punya prinsip, “biar perlahan asal menjadi” dan macam pelumba2 yang lain, saya akan mulakan larian dari tahap bawah. Saya tidak kisah berapa lama ia akan mengambil masa sehingga saya bersara dari karier ini. Tetapi saya baru saja bermula.
Dan akhirnya,sudah dipastikan bahawa nama saya sudah tercatat sebagai pelari yang akan mewakili TM. Saya mengambil bahagianbuat pertama kalinya lewat tahun akhir saya menduduki kolej. Dan saya masih ingat masa itu, 24 Oktober 2008. Teruja. Saya berasa sangat2 teruja. Tidak sabar untuk memulakan larian pertamasaya.Walaupun dalamhatibercampur baur perasan resah, gelisah, cemas dan takut. Jujur perasaan itu akan sentiasa wujud dalam diri saya dan perasaan itu jugalah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk melakukan larian. Pada hari itu, kami datang berempat mewakili Telekom dengan dua orang (Saya, Harun) mewakili kategori Lelaki Terbuka dan dua orang (Abg Majid, Abg Petrus) lagi mewakili kategori Lelaki Veteren. Tapi malangnya seorang peserta tepaksa balik ke Kota Kinabalu kerana mendapat panggilan yang mana ayahnya telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Maka beliau terpaksa bergegas pulang pada malam itu juga.
Saat yang ditunggu2 telah tiba. Seawal pukul 7.30 pagi semua peserta sudah bersedia untuk memulakan larian. Debaran dihati ini berkurang apabila bunyi tembakan pistol kedengaran. Sekelompok pelari yang berpusu-pusu berlari menuju pintu utama memasuki kaki gunung tidak terkira jumlahnya. Saya masih teruja. Saya seakan tidak percaya mengikuti larian ini. Gembiranya saya berlari tanpa mengenal erti penat. Cuaca sangat sejuk walaupun matahari bersinar agak sedikit terik seawal pagi itu. Sasaran utama saya bukanlah untuk mendapat gelaran atau kedudukan bahkan untuk mencari pengalaman dan informasi tentang bagaimana kondisi serta apa yang perlu saya lakukan pada larian-larian seterusnya. Penat, lemas, tidakberdaya, pening, kecut perut dan sebagainya. Itu semua adalah antara halangan yang akan wujud sepanjang larian. Dan pada hari itu saya terpaksa akur bahawa cuaca tidak berapa mengizinkans aya untuk sampai ke puncak. Cuaca lembab sekitar 3km akhir dari puncak gunung dan ditambah pula hujan yang turun secara tiba2 membuatkan aku mengeletar kesejukan. Sejuk... sangat2 sejuk. Saya mengambil keputusan untuk berteduh sekejap di Laban Rata sementara menunggu hujan reda.
Selang beberapa minit tamat masa mendaki, saya terus bergegas turun dengan berlari. Saya berasa sangat2 lapar pada masa itu. Dalam fikiran Cuma terbayangkan makanan yang sedap2 sahaja. Beberapa jam selepas sampai kebawah, kaki saya sudah tidak cukup kudrat untuk berlari laju. Saya hanya berlari2 anak dan kerap berjalan sahaja. Bebanan pada peha dan kaki sangat2 terasa. Garisan penamat beberapa ratus meter dihadapan dan saya berasa amat teruja kena berjaya menamatkan larian. Walaupun bukan yang terbaik tetapi saya bangga kerana telah menyahut cabaran itu. Dalam letih dan penat, saya masih mampu tersenyum gembira bersama pensyarah serta rakan2 yang turut hadir pada masa itu untuk memberikan sokongan moral. Terima kasih buat usaha mereka. Sudah pasti saya akan kembali kesini lagi tahun depan. Dan itu sudah pasti.
Bersambung….
Next post :