cover pic

Thursday, December 23, 2010

LIFE JOURNAL #44 : AKU SUKA BERLARI - PART 1 : NOSTALGIA


AKU SUKA BERLARI – PART I : NOSTALGIA (VERSI SEPARA NORMAL)
 
Saya, Jerung Rimba Putih yang biasa dengan panggilan JR. Saya bukanlah100% anak jati Sabah. Abah saya berbangsa Ilokano iaitu salah satu suku kaum Filipino yg telah lama bermastautin di Ranau. Dan emak saya pula berbangsa Kadazan Tuaran. Dan saya, SAYA SUKA BERLARI.
 
Dalam banyak2 sukan, saya suka akan berlari. Tak tau sebabnya tapi berlari buat saya rasa sangat senang dan gembira tanpa perlu pikir apa-apa. Mungkin juga disebabkan dari kecil saya suka melarikan diri daripada emak bila masa untuk mandi, makan dan apabila saya telah membuat salah. Haha..emak kata saya nakal sangat masa kecil. Kepala saya besar, berambut kasar dan bertubuh pendek tetapi gempal. Tetapi tangkas jikalau berlari. Itu kata emak tapi saya tidak pasti akan itu. Saya juga macam orang lain yang punya angan-angan. Cita-cita sudah tentulah. Sedari kecil saya bercita-cita nak jadi bomba, polis dan askar. Itu tahun satu. Kemudian tahun dua, tukar lagi kepada askar, doctor dan pilot. Setiap tahun bertukar kalau tidak silap. Tapi bila sudah besar mcm ni saya kurang ketengahkan cita-cita saya. Persoalannya, saya sendiri tak berapa pasti dengan cita-cita saya bila dah besar ni. Jujur saya katakana itulah kondisi cita-cita saya.

Tapi saya ada hobi. Saya suka bersukan. Saya gemar bermain bola sepak, futsal dan sangat-sangat suka berlari.haha.. Saya gembira bila berlari. Saya sangat berharap supaya dapat berlari dibawah deretan pokok-pokok yang rimbun. Dengan daun yang berguguran dan angin sepoi2 bertiup. Macam kat Jepun, Korea dan Canada. Tapi rasanya kat mana2 pun ada woo..

Sewaktu di kaki bangku sekolah, saya bersekolah di SMK Inanam. Saya selalu mengikuti aktiviti merentas desa. Sayalah pelajar yang sangat gembira bila pengumuman dibuat sekiranya tahun itu akan diadakan aktiviti merentas desa atau pun tidak. Saya pernah mendapat tempat ke-3 pada tahun kedua saya mengikuti acara itu. Sayangnya, acara itu diganti dengan aktiviti Sukan Tahunan selama dua tahun berturut2 sehinggalah saya berumur 17 tahun dan terpaksa kurang aktif kerana SPM. Selain itu,  menjadi wakil rumah sukan juga telah memberikan saya banyak pingat emas. Saya pernah mendapat emas dalam acara 7000m, 3000m berhalangan, 1500m, 800m, 4x400m dan 4x100m. Sayangnya, saya tidak pernah menyertai acara 100m pecut, 200m dan acara berpagar. Sememangnya saya kurang pantas pada acara jarak2 dekat.

Saya juga pernah menjadi wakil sekolah keperingkat tertinggi dalam olahraga. Tetapi saya kurangkan bersukan ketika tahun akhir untukmenduduki SPM. Tekad tekun untuk belajar walaupun kadangkala mendapat desakan dari jurulatih. Kata ibubapa lagi perlu diutamakan.

Tapi itu semua cerita lama.. Kini saya ada cita2 baru… mungkin juga satu angan2 baru… tetapi sudah lama saya praktikkan sehingga angan2 ini pernah menjadi satu bahan pertengkaran dingin antara sebilangan pihak. Saya rasa bersalah walaupun sudah berkali2 saya beri penjelasan. Kadang kita kena faham betul2 dan tidak boleh pentingkan diri. Dahulukan diri sebelum orang lain. Itu betul bagi saya tetapi betul juga untuk dia kerana ingin dirinya didahulukan. Toleransi serta faham-memahami. Itu yang penting.



NEXT POST : AKU SUKA BERLARI -PART II  CLIMBATHON





No comments:

Post a Comment