Setelah tamat pengajian, saya masih terus menyertai acara Climbathon ini. Saya berharap agar tidak terlepas setiap tahun mengikuti aktiviti ini. Seperti yang pernah dikatakan, selagi saya mampu, berminat dan serius maka saya tetap akan menyertainya. Sebenarnya banyak faktor yang menjadi penyebab kepada kenapa saya ingin benar mengikuti aktiviti ini dan disini jujur saya kongsikan antara sedikit sebanyak faktor utama saya mengikuti larian ini. Ianya mungkin bersifat naif tetapi tidak ada apa yang perlu dimalukan dalam melakukan sesuatu yang kita minat.
MINAT
Sedari mula saya mendapat tahu akan sukan ini, saya sudah mula rasa mahu mengikutinya. Saya merasa cemburu apabila melihat nama2 pemenang terpampang di papan tanda dan menjadi tatapan mata umum. Ianya memang tidak semudah yang dijangkakan untuk mendapat tempat tapi tidak ada satu pun alasan yang perlu diterima bagi manusia sehat tubuh badan untuk tidak mencuba melakukannya. Dengan itu, saya mencuba dan bermula dari bawah. Mencuba menimba pengalaman sedikit demi sedikit walaupun ianya memakan masa bertahun2. Sasaran saya cuma satu, saya juga mahu nama saya terpampang pada papan tanda itu. Saya mahu orang luar mengakui bahawa anak tempatan juga setanding hebat dengan pelari2 luar negara yang lain.
PENINGKATAN TARAF HIDUP
Dalam hal ini, saya terpaksaakur dengan kemahuan emak. Bukan sebab saya kena turut cakap emak cuma kata2 beliau juga ada betulnya. Memandangkan kolej dimana saya belajar adalah dibawah syarikat TM maka saya mengambil segala peluang yang ada untuk menjadi wakil kepada TM dengan harapan ianya membawa kebaikan kepada saya kelak. Contohnya, ianya memudahkan saya untuk lebih dikenali dikalangan kakitangan TM sekiranya ingin memohon kerja. Sijil2 penyertaan dalam larian berprestij ini sangat2 berguna semasa memohon kerja dengan syarikat TM. Emak sangat pasti dengan pendapatnya. Saya tidak kata yang emak berfikiran kolot kerana mahu saya bekerja dengan TM sahaja. Emak sangat2 mahukan saya bekerja dibawah syarikat TM. Ini mungkin kerana atas khabar2 angin yang emak telah dengar daripada saudara-mara yang menggambarkan bagaimana cerahnya masa depan sekiranya bekerja dengan TM. Jujur saya tak kisah sangat pun sekiranya dapat bekerja dimana2 asalkan ia boleh menyara keluarga saya. Tetapi kata2 emak juga harus dipertimbangkan. Betul salah cakap emak harus dipenuhi kerana tidak mahu menyesal dikemudian hari.
BAKAT
Bakat juga turut memainkan peranan dalam hal ini. Ini kerana berbekalkan sedikit bakat yang tersimpan semenjak dibangku sekolah lagi dapat membantu dalam meningkatkan lagi tahap keyakinan saya dalam melakukan larian. Ianya tidak sehebat mana tetapi usaha yang berterusan sudah tentu membuahkan hasil kejayaan. Dan ianya cuma perlukan sedikit masa untuk digilap. Umpama sudah ditakdirkan yang setiap daripada kami lapan orang adik-beradik menempah nama dalam setiap sukan2 tahunan. Bahkan, nama keluarga kami juga turut menjadi bualan para guru-guru tentang penglibatan kami dalam aktiviti olahraga ini. Kadang2 ianya membuatkan abah bangga dengan kami. Tapi itu mungkin perkara biasa. Tapi saya tetap bangga dengan pencapaian keluarga saya dalam sukan olahraga ini. Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan sahaja. Deretan piala2 serta pingat2 pada almari itu masih tersusun rapi dengan nostalgianya yang tersendiri.
HOBI
Saya punya hobi iaitu saya suka berlari. Saya rasa senang bila berlari. Sekiranya diri dibebani masalah, saya akan cari cara untuk berlari selain dari bermain bola sepak bersama rakan. Saya akan pergi berjoging. Saya akan berlari sehingga letih. Dan bila sudah letih, saya tidak perlu pikir apa2. Balik dan terus berbaring dibawah kipas siling dan tunggu sehingga peluh kering sebelum pergi mandi. Dan pada masa itu juga, saya boleh mencari jalan penyelesaian terbaik kepada beban tersebut. Ianya lebih kurang risiko untuk mendapat stress pada masa ini. Keadaan otak tidaklah terlalu letih sehingga boleh membuatkan saya tidak mampu berfikir. Tetapi ianya buat saya lebih mudah untuk membuat perhitungan secara waras. Dan dari hobi inilah jugalah saya terpaut pada larian Climbathon ini.
Dan ini semua kerana,