cover pic

Tuesday, June 1, 2010

SUDAH MEMADAI (Versi Separa Emo)


          Liburan beberapa hari membuat aku benar2 merasakan ingin mengenali diri aku dengan lebih dekat dan lebih mendalam. Sesalku pada hidup yang sudah2 buat aku lebih tabah hari ini. Mengetahui sesuatu itu kadang ada baiknya. Walau sakit itu berterusan tapi harus aku telan jua. Sumpahku takkan menoleh lagi pada saat lama aku mengenali dunia. Setiaku pada janji dikedepan hari  harus tetap aku laksanakan. Kemanisan dunia adalah sesuatu yang terindah tapi tidaklah kekal. Ianya tetap sama dan tidak berubah melainkan adanya variasi2 yang sendiri aku ciptakan. Aku harus relakan senyuman itu. Yah. Haruslah aku relakan ia. 

         Tapi sadarlah aku bukan insan sempurna. Kelak ada masanya tetap aku beralih mendung. Saat suka riang gembira kian pudar dan tawa dalam tangisan itu pasti akan hadir. Aku tahu seharusnya aku tidak begitu. Bukan jenisku menjadi Sang Pengemis Harapan. Tapi kata hati harus aku kotakan. Kerana janjiku pada kotak hati bukan hanya satu janji semata-mata. Ianya bagaikan harapan besar untuk dikedepan hari-hariku. Langkahku takkan terhenti dan senyumku takkan sumbang lagi. Akan aku cuba sedaya upayaku mewujudkan hari-hari bahagia itu. Aku ada kebahagian itu. Dan akan tetap ada kerana aku ada insan-insan yang cukup indah diberikan olehNya. Dan bersyukur aku tidak terhingga pada itu semua. 

         Untuk insan-insan yang menyayangi diri ini, terima kasih buat segalanya. Terima kasih buat sedikit cerita dalam isi hidupku yang kau berikan. Sesunggunya itu sudah memadai.

 

Salam sayang,
JRP aka. JR


No comments:

Post a Comment