Tersentak aku dari leka bila ada yang bersuara. Jujurku hanya untuk bergurau senda. Menyedari bahawa menyukai seseorang itu rasanya tidaklah salah sehinggalah niat kita disalahertikan dengan mereka berfikiran bahawa aku berniat sesuatu. Semuanya hanya satu usikan sahaja menurutku tetapi ianya menjadi satu sumpahan yang membuatkan aku merasa ingin sekali mencuba untuk membenci mereka. Adakah ianya MEREKA? Atau individu yang saja gusar untuk mengetahui kebenaran bagi setiap fakta. Aku melihat senyuman manis itu. Yah, sangat manis. Aku menyukainya tapi tidak berharap jauh untuk memilikinya. Tolonglah, macam lah aku sorang saja yang kaki pow cakap belakang. Menyedari insan yang aku sayangi disakiti membuatku hilang daya hormat terhadap mereka. Tak kisah sangatlah akan kedudukannya. Peguam ka! Majestret kah! Anak Panglima Berantai ka! Orang kayangan kah! Semuanya sama saja bagiku. Belakang hari kita tetap kongsi satu bilik yang sama. Neraka. Confirm!
Memang perkara wajib musim sekarang untuk insan bermuka2. Kemanisan yang paparkan didepanku belum tentu semanis sewaktu mereka berdiri dibelakangku. Aku cuma mampu tersenyum. Menanti hari memakan hari. Dan melihat mereka disaat hari sudah senja. Rasanya belum terlambat aku untuk mengucapkan kata maaf dan taubat. Munafik? Itu hak mereka untuk menghakimi aku semasa didunia. Aku dah biasa dah pun dengar ayat2 gampang mcm tu. Main politik seantara mereka. Cuba lagakan orang. Meracuni pemikiran sesama mereka dan menjadi sekutu. Bergosip tentang orang. Itu contoh yang cuba mereka pamirkan untuk aku jadikan teladan? Terima kasih sajalah atas pahala2 yang mereka berikan kepadaku dari kutukan2 mereka. Sesungguhnya, senyum manis mereka tu bukan milik aku. Aku tahu. Jauh disudut hati aku tetap menyayangi mereka walau sudah tau akan keadaan hari kini.
Membenci aku bukan lagi sesuatu yang baru buat aku. Menjadi yang terhebat dan terbaik pun boleh menjadikan aku dibenci. Dan sudah puas aku merasakan itu semua. Jadi simpan sajalah pahala itu untuk disedekahkan kepada yang lebih berhak. Bertekadku pada diri untuk tidak menyakiti hati ini lagi untuk mengenangkan mereka2 yang sudah beralih arah pemikiran. Menjadikan aku musuh dalam selimut. Sesungguhnya, keinginan mereka sukar aku bendung. Paling tidak pun aku akan dicopkan sebagai kebudak2an. Tidak sporting. Sanggup aku dihina bodoh dari menjadi bahlul yang berjaya dengan kebahlulannya. Kata mereka ada baiknya juga, "Lebih baik berundur sebelum ada hati yang terluka". Yah, itulah hadiah yang mereka berikan kepada ku. Hadiah kelukaan yang membuakkan rasa ragu-ragu untuk menyayangi mereka. Tanpa ada belas kasihan, aku lemah mengasingkan kasih sayang, cinta, duri dan racun yang mereka campurkan didalam mangkuk untuk aku pilih. Puasku berfikir, walhal aku ada kehidupan yang lebih baik berbanding mereka. Yang mencintai sesuatu dengan agenda tersendiri. Kataku bukan menurut nafsu, tapi kataku menurut kenyataan yang wujud jelas walaupun tidak terang.
Sesungguhnya, kuatkan lah aku menempuhi dugaan dunia. Membenci mereka bukanlah sukan kegemaranku.
With that, may your hatred RIP.
**197 & 777, the whole story got nothing to do with you guys ok. Heart for ya.
Love without Prejudice,
JRP aka. JR
No comments:
Post a Comment