cover pic

Saturday, May 29, 2010

SEBUAH HARAPAN

       
        Sesungguhnya, telah banyak yg JR lihat, dengar dan rasa. Dan dari pengalaman org2 terdekat buat JR rasa JR ni lebih bertuah dan patut bersyukur terhadap kehidupan JR skrg. Keinginan yg selalunya membuak2 tika cinta hadir didepan mata membuatkan JR kadang2 lalai akan erti sebenar kehidupan. Jalan yang JR sebaiknya lalui. Jalan yg selamat dari segala malapetaka, sumpah serapah dan jauh daripada noda2 kebencian. Yah, memang tidak pernah salah untuk rasa dicintai dan mencintai seseorang. Tetapi biarlah ianya datang luhur dan ikhlas dari hati kecil ini. Sejujurnya, JR tidak pernah kurang untuk rasa disayangi, dan tidak pernah sedikit pun kurang. Cuma kadang, JR hanya inginkan org yg betul2 terdekat untuk mendengar JR bercerita dan tidak kisah untuk berkongsi sesuatu bersama. Sesuatu yg boleh membuatkan JR rasa bersedih sekiranya mengetahui dia bersedih. Sesuatu yg membuatkan JR mampu tersenyum lebar bila melihat dia bergelak ketawa mahupun tersenyum lebar. Cuma itu sahaja yg JR inginkan, dan JR tidak pernah mengharapkan untuk diberikan satu kelebihan pun berbanding orang lain.

         Untuk mereka yg sentiasa tidak pernah putus2 asa tuk  menghiburkan JR, JR sangat2 berterima kasih. Memang sukar untuk mengucapkan rasa terima kasih itu tatkala mereka tidak disini. Tetapi jauh disudut hati JR tidak pernah lupa akan mereka. Terima kasih diatas corak yg terukir pada hidup JR dan sesungguhnya JR sangat2 terhutang budi untuk itu. 

         Telah lama JR berfikir untuk ini semua, cuma kadang JR rasa was2 dengan apa yg JR percaya. JR terlalu larut dengan rentak hidup yg org lain mainkan dan JR jadi lalai dan terikut2. Dan disini JR ingin mengotakan satu harapan bahawa dihari depan kelak JR berharap untuk tidak menunjukkan sebarang kesedihan atau kegusaran di riak wajah JR. Sebaiknya, biarlah JR menjadi JR dan bukan menjadi JR atas keinginan org lain.


#Terima kasih untuk 197 kerana selalu berada dikala JR berduka. Dan JR tidak pernah lupa akan 777.



SEBUAH HARAPAN

Ku terlempar dan jatuh di kegelapan malam
Memaksaku untuk menerima satu kenyataan
Hari esok langkahku yang harus melupakan
Sejuta harapan untuk selamanya

Sejujurnya ku tak sanggup merasakan itu ada
Meredamkan rasa menghembuskan nafas yang tersisa

Pergi , semua telah pergi
Ku harus relakan kau pergi tinggalkan hati
Biarlah kau hanya menjadi bayangan yang indah
Yang tak bisa ku milikki



Salam sayang,
JRP aka. JR

1 comment: