cover pic

Sunday, May 30, 2010

DRAMA DUNIA


         
         Tersentak aku dari leka bila ada yang bersuara. Jujurku hanya untuk bergurau senda. Menyedari bahawa menyukai seseorang itu rasanya tidaklah salah sehinggalah niat kita disalahertikan dengan mereka berfikiran bahawa aku berniat sesuatu. Semuanya hanya satu usikan sahaja menurutku tetapi ianya menjadi satu sumpahan yang membuatkan aku merasa ingin sekali mencuba untuk membenci mereka. Adakah ianya MEREKA? Atau individu yang saja gusar untuk mengetahui kebenaran bagi setiap fakta. Aku melihat senyuman manis itu. Yah, sangat manis. Aku menyukainya tapi tidak berharap jauh untuk memilikinya. Tolonglah, macam lah aku sorang saja yang kaki pow cakap belakang. Menyedari insan yang aku sayangi disakiti membuatku hilang daya hormat terhadap mereka. Tak kisah sangatlah akan kedudukannya. Peguam ka! Majestret kah! Anak Panglima Berantai ka! Orang kayangan kah! Semuanya sama saja bagiku. Belakang hari kita tetap kongsi satu bilik yang sama. Neraka. Confirm!

          Memang perkara wajib musim sekarang untuk insan bermuka2. Kemanisan yang paparkan didepanku belum tentu semanis sewaktu mereka berdiri dibelakangku. Aku cuma mampu tersenyum. Menanti hari memakan hari. Dan melihat mereka disaat hari sudah senja. Rasanya belum terlambat aku untuk mengucapkan kata maaf dan taubat. Munafik? Itu hak mereka untuk menghakimi aku semasa didunia. Aku dah biasa dah pun dengar ayat2 gampang mcm tu. Main politik seantara mereka. Cuba lagakan orang. Meracuni pemikiran sesama mereka dan menjadi sekutu. Bergosip tentang orang. Itu contoh yang cuba mereka pamirkan untuk aku jadikan teladan? Terima kasih sajalah atas pahala2 yang mereka berikan kepadaku dari kutukan2 mereka. Sesungguhnya, senyum manis mereka tu bukan milik aku. Aku tahu. Jauh disudut hati aku tetap menyayangi mereka walau sudah tau akan keadaan hari kini.

          Membenci aku bukan lagi sesuatu yang baru buat aku. Menjadi yang terhebat dan terbaik pun boleh menjadikan aku dibenci. Dan sudah puas aku merasakan itu semua. Jadi simpan sajalah pahala itu untuk disedekahkan kepada yang lebih berhak. Bertekadku pada diri untuk tidak menyakiti hati ini lagi untuk mengenangkan mereka2 yang sudah beralih arah pemikiran. Menjadikan aku musuh dalam selimut. Sesungguhnya, keinginan mereka sukar aku bendung. Paling tidak pun aku akan dicopkan sebagai kebudak2an. Tidak sporting. Sanggup aku dihina bodoh dari menjadi bahlul yang berjaya dengan kebahlulannya. Kata mereka ada baiknya juga, "Lebih baik berundur sebelum ada hati yang terluka". Yah, itulah hadiah yang mereka berikan kepada ku. Hadiah kelukaan yang membuakkan rasa ragu-ragu untuk menyayangi mereka. Tanpa ada belas kasihan, aku lemah mengasingkan kasih sayang, cinta, duri dan racun yang mereka campurkan didalam mangkuk untuk aku pilih. Puasku berfikir, walhal aku ada kehidupan yang lebih baik berbanding mereka. Yang mencintai sesuatu dengan agenda tersendiri. Kataku bukan menurut nafsu, tapi kataku menurut kenyataan yang wujud jelas walaupun tidak terang.

          Sesungguhnya, kuatkan lah aku menempuhi dugaan dunia. Membenci mereka bukanlah sukan kegemaranku.

With that, may your hatred RIP.

**197 & 777, the whole story got nothing to do with you guys ok. Heart for ya.


Love without Prejudice,
JRP aka. JR

Saturday, May 29, 2010

SEBUAH HARAPAN

       
        Sesungguhnya, telah banyak yg JR lihat, dengar dan rasa. Dan dari pengalaman org2 terdekat buat JR rasa JR ni lebih bertuah dan patut bersyukur terhadap kehidupan JR skrg. Keinginan yg selalunya membuak2 tika cinta hadir didepan mata membuatkan JR kadang2 lalai akan erti sebenar kehidupan. Jalan yang JR sebaiknya lalui. Jalan yg selamat dari segala malapetaka, sumpah serapah dan jauh daripada noda2 kebencian. Yah, memang tidak pernah salah untuk rasa dicintai dan mencintai seseorang. Tetapi biarlah ianya datang luhur dan ikhlas dari hati kecil ini. Sejujurnya, JR tidak pernah kurang untuk rasa disayangi, dan tidak pernah sedikit pun kurang. Cuma kadang, JR hanya inginkan org yg betul2 terdekat untuk mendengar JR bercerita dan tidak kisah untuk berkongsi sesuatu bersama. Sesuatu yg boleh membuatkan JR rasa bersedih sekiranya mengetahui dia bersedih. Sesuatu yg membuatkan JR mampu tersenyum lebar bila melihat dia bergelak ketawa mahupun tersenyum lebar. Cuma itu sahaja yg JR inginkan, dan JR tidak pernah mengharapkan untuk diberikan satu kelebihan pun berbanding orang lain.

         Untuk mereka yg sentiasa tidak pernah putus2 asa tuk  menghiburkan JR, JR sangat2 berterima kasih. Memang sukar untuk mengucapkan rasa terima kasih itu tatkala mereka tidak disini. Tetapi jauh disudut hati JR tidak pernah lupa akan mereka. Terima kasih diatas corak yg terukir pada hidup JR dan sesungguhnya JR sangat2 terhutang budi untuk itu. 

         Telah lama JR berfikir untuk ini semua, cuma kadang JR rasa was2 dengan apa yg JR percaya. JR terlalu larut dengan rentak hidup yg org lain mainkan dan JR jadi lalai dan terikut2. Dan disini JR ingin mengotakan satu harapan bahawa dihari depan kelak JR berharap untuk tidak menunjukkan sebarang kesedihan atau kegusaran di riak wajah JR. Sebaiknya, biarlah JR menjadi JR dan bukan menjadi JR atas keinginan org lain.


#Terima kasih untuk 197 kerana selalu berada dikala JR berduka. Dan JR tidak pernah lupa akan 777.



SEBUAH HARAPAN

Ku terlempar dan jatuh di kegelapan malam
Memaksaku untuk menerima satu kenyataan
Hari esok langkahku yang harus melupakan
Sejuta harapan untuk selamanya

Sejujurnya ku tak sanggup merasakan itu ada
Meredamkan rasa menghembuskan nafas yang tersisa

Pergi , semua telah pergi
Ku harus relakan kau pergi tinggalkan hati
Biarlah kau hanya menjadi bayangan yang indah
Yang tak bisa ku milikki



Salam sayang,
JRP aka. JR

Saturday, May 22, 2010

LIFE JOURNAL #1 : THE TASTE & FEELING



15 - 16 May 2010
~ Its weekend and this is the time that I think I shud be happy. Yes. But not today. The rain really wont stop for 2 days. Saturday n Sunday. I dont  go out of the house since the weather dont want me to. So, I just stayed inside the house for 2 days. 
Boring.
Unhappy.
Miss everyone.
Miss my bro. 
Didnt they feel the same?
Nah, forget it.

As I stared outside the window, I saw kids are playing football at the middle of the heavy rain. I really want to join them. But, I prefer just to watch them playing.
The Fun. 
No worries.
The Laugh. 
They're very happy.
Yes, they really do.

And I wish to be one like them. So, the days went by just like that. 

17-18 May 2010
~ Fever. I don't know how its happened. I didn't go out of the house for 2 straight days. And suddenly I got this fever.
Sickness.
Nauseous.
Dizzy.
Heavy-head.
Lazy to wake up and move.
Feels like wanna puke.
Cool in the morning.
And the heat and dizziness came back again after night falls.

And I asked my boss for
2 days MC. Approved. Monday and Tuesday. I took my medicine. I heard lesson from friends, brothers and parent. Thanks for everything guys. Most of the time, my PC is turn on but I was not there. Nobody care actually.

I just missing them. 
Just that.
I don't really know if they recognise me anymore. 
Its ok. 
That's what life really is.


Much love, 
Jerung Rimba Putih

Friday, May 14, 2010

RUANG HIDUP



Masihkah ku bisa tertawa terbahak
Dari sempitnya waktu yg begitu kelam
Perjuangan hidup memang sangatlah berat
Tuk melepas beban yg begitu memikat
Haruskah kuhentikan waktu yang sedang berputar
Namun ku tak mungkin bisa tuk merubah segalanya

Aku masih bisa terus berjalan menikmati hidup
Meskipun sulit menjadi mudah
Jadikan cobaan itu anugerah
Yang bisa merubah ruang yang gelap menjadi indah
Dan terus langkahkan dikedepan
Berikan warna hidup kita menjadi indah


Salam Sayang,
Jerung Rimba Putih

Thursday, May 6, 2010

JUST PLAY IT!


Mainkanlah gitarmu kerana cuma dia yang tahu akan duka laramu, 
Mainkanlah gitarmu kerana cuma dia yang tahu akan sakitmu dan hancur hatimu,
Mainkan gitarmu kerana cuma dia yang tahu akan rasa hatimu,
Mainkanlah gitarmu kerana cuma dia yang bisa membuatmu merasa gembira dan tenang.

Mainkanlah.

The new collections.


The 15th,16th,17th and 18th collections.


The old collections.



My source of happiness other than my big bros. 
CODE : ASH n ZZZ


Salam sayang,
Jerung Rimba Putih

Sunday, May 2, 2010

USAH DAMBAKAN YANG TERLALU SEMPURNA


**NI UNTUK SEMUA & PLEASE JGN KAITKAN IA DENGAN SIAPA2**


         Post kali JR aku buat simple2 jelah.... Serioulsy, memang banyak sangatx1000 yang JR nak post tapi memandangkan JR kene pikir untuk kebaikan diri, kawan2, teman2, rakan taulan, sahabat handai, sahabat karib dan of course org2 yg banyak beri influenced kat JR.

         So, JR tanak ada sapa2 cuba kaitan diri dia dalam post tuk kali ini.  Btw, ini bukan "UTUSAN" dari Syurga sbab hidup sejuta tahun skali pun belum tentu JR layak jejak kaki ke tempat tu.

Btw, I'm not a 
PSYCHO



Namun kebahagiaan sesebuah perkhawinan bukan terletak pada isteri sahaja, suami juga harus menjadi insan tersayang yang mengembirakan interi sepanjang masa walau dalam keadaan apa sekali pun.
          Bukan sekadar memiliki perwatakan yang menarik tetapi memiliki satu pakej yang sempurna sehingga menjadi teladan kepada semua, disayang isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan akhirnya Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
          Berikut ada petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari seorang wanita bergelar isteri. Jadilah suami yang terbaik untuk isteri.

30 PESANAN BUAT SUAMI

1.  Pucuk pangkal kepada sesuatu perkara bermula daripada niat yang betul.
Sekiranya anda berniat  dan berdoa untuk menjadi suami yang terbaik, tentu anda akan mencapainya. Tanpa niat dan doa harapan anda itu akan tinggal harapan sahaja dan tidak mungkin akan menjadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengena perkara ini.

2. Sentiasalah bersyukur dangan jodoh yang ditentukan buat anda.
Bersyukurlah kerana mempunyai pasangan. Yakinlah bahawa isteri adalah pasangan terbaik buat anda. Hargailah dia dan berilah layanan yang selayaknya.

3. Jadilah suami mithali yang dibanggakan seorang isteri.
Menjadi suami yang mithali bermakna anda harus tunjukkan contoh yang baik. Tanya diri anda apakah anda mempunyai sifat dan amalan yang boleh dibanggakan isteri.

4. Peruntukkan masa berbual dengan isteri setiap hari walaupun sebentar.
Setiap isteri pasti bahagia apabila suami berbual dengannya. Tanya diri anda berapa minit anda luangkan masa bersama isteri setiap hari?

5. Pulanglah kerumah dengan senyuman dan bersemangat.
Bukan pulang dengan keletihan dan wajah yang masam. Senyuman anda akan membahagiakan isteri dan anak-anak dan rahmat akan turun. Senyumlah apabila sampai di rumah.

6. Gunakanlah masa yang ada.
Gunakanlah masa didalam kenderaan untuk bergurau senda dengan isteri ketika menghantarnya ke tempat kerja atau kemana sahaja. Ini kerana ramai suami lebih suka membisu ketika memandu daripada berbual dengan isterinya.

7. Ringankan tangan menelefon atau menghantar sms.
Telepon dan sms kepada isteri dengan menyatakan anda sayang dan rindu kepadanya. Pasti isteri akan terasa seronok dan bahagia anda berbuat demikian.

8. Bergurau dan bersenda  semasa menelefonnya.
Selain menghubungi isteri, hiburkanlah hatinya dengan bercerita, buat lawak atau gurauan. Gurauan itu pasti mengubat hatinya dan mengeratkan hubungan anda berdua.

9. Jadikanlah makan bersama setiap hari sebagai satu amalan.
Ketika itu anda boleh berbual dan saling menasibhati. Amalan ini akan mengeratkan hubungan. Disamping itu, elakkan berbual mengenai perkara yang melalaikan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.
Ini adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan anda berdua.
11. Tolong isteri buat kerja rumah bagi meringkan  bebannya selain mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Jadikan mesyuarat keluarga satu amalan.
Ini boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah dan mengelakkan daripada salah sangka atau prasangka yang tidak baik.

13. Pastikan penampilan anda kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Kebanyakan suami ingin melihat isterinya sentiasa cantik tetapi dalam masa yang sama mengabaikan penampilan diri sendiri. Ini tidak adil.

14. Mendidik isteri adalah tanggungjawab anda.
Didiknya dengan memberikan nasihat secara berhikmah. Tindakan anda sendiri akan menjadi contoh kepadanya. Jadi elakkan bercakap tak serupa bikin.

15. Jangan abaikan nafkah isteri.
Berikan mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah isteri kerana isteri berkerja.

16. Jadilah suami yang menjadi penawar hati isteri
Sentiasa ambil tahu keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Taatlah kepada perintah Tuhan 
Sentiasa taat kepada perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kerana sebagai ketua keluarga anda bertanggungjawab terhadap mereka.

18. Simpanlah rahsia isteri
Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isterinya. Namun ada juga suami secara sengaja atau tidak meceritakkan keburukkan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Keluarga isteri dan keluarga anda tiada bezanya.
Kedua-duanya harus dilayan dengan sebaiknya. Jangan membeza-bezakan diantara keduanya dan jauh sekali memusuhinya.

20. Tiada suami yang tidak cemburu kepada isterinya.
Cemburu juga tandanya sayang dan peduli. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Steri suka apabila suami mempunyai sifat cemburu dan membuatkan dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf kerana syurga isteri dibawah tapak kaki suami.
Maafkan isteri sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Menegur dengan cara dan adab yang betul.
Tegurlah isteri dengan penuh hikmah dan kasih sayang apabila dia melakukan kesalahan. Cara menegur yang kasar akan membuatkan isteri merajuk. Apabila berkasar, isteri akan rasa takut, bingung, sedih dan memberontak.

23. Jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai contoh.
Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang terbaik untuk menghidupkan amalan sunnah dalam rumahtangga. Setiap kali menasihati atau mendidik keluarga sebutkan nama rasul agar suasana lebih berhemah dan lebih dapat menyejukkan hati setiap penghuni rumah.

24. Sentiasalah dahulukan keperluan isteri dari orang lain
Ini adalah kerana ia adalah tertib yang seharusnya diaambil perhatian serius dalam memberi  khidmat. Ini ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Ingatkan isteri mengenai solat dan ibadah lain.
Sentiasalah mengingatkan isteri akan solat dan amal ibadah dan sekiranya berjauhan, telefon atau ingatkannya melalui kiriman sms. Lakukan ini sehingga ke akhir hayat.

26. Mencintainya dengan sepenuh hati.
Cintailah isteri sepenuh hati, tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif.
Sentiasa melakukan sesuatu perubahan positif yang ketara. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Perlihatkan keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.
Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamerkan kematangan yang tinggi
Ini adalah kerana orang yang matang akan tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan isterinya sahaja.
Ramai lelaki hormat wanita tertentu sahaja dan membuatkan isteri kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat wanita lain termasuk pembantu rumah.


Nota Kaki : Harap ini boleh dijadikan satu rujukan yang baik tuk semua. 
**Penat tau taip benda ni subuh2 tuk hapdet blog.**


Salam Sayang

Jerung Rimba Putih