cover pic

Saturday, January 1, 2011

LIFE JOURNAL #46 : NEW YEAR 2011 + RUMAH PANGI (HOMESTAY)

Kali ni sambut tahun baru di tempat yg sama ngan tahun lepas. 
Tempat ni memang best tuk sapa2 yang nak relaxkan minda dan melarikan diri dari hiruk piruk kota yg sibuk.  Kat sinilah tempatnya. Memang agak jauh lah dari jalan besar untuk pergi tempat nie. Tapi kalo dah sampai sini, sure tanak balik. Banyak crita pun sure tak habis. Mari tengok Sambutan New Year JR tahun nie.

Yang ni pada pagi harinya sebelum pegi mandi laut. Breakfast jap. Malam tadi susah nak ambik gambar since takda camera. Ni pun guna camera hanpon saja. Baik ada dari takda. Sudeh.. haha..

Antara tetamu yang datang. Malam tu banyak yg datang tapi smua dah balik.


Ni antara mentor yang akan jadi sumber insipirasi mereka2 yang cuba nak kuruskan badan. Sebelum ni, badan dia besaq pastu dia guna 3 bulan saja tuk jadikan saiz badan turun kepada 64kg dengan 3 cara saja. 

Tahan hati(kuat hati).
Kurangkan nasi.
Kurangkan gula. 

Dah cepat2 start bulan ni sapa2 yang nak kurus tu. hehe...



Ni plak antara view dari bilik JR. Sorang satu bilik woo~~ Bilik2 ni smua guna konsep ala2 Bali skit.. memang nampak cantik sangat setiap sudut umah nie.. baik dalam maupun luar. Siap aircond lagi woo~~ 


 
Bersepah skit. Biasalah kan.. bujang.... muahahhaa~~


Yang ni view dari luar tingkap. Penah ke tengok umah mcm ni? Xpenah kan? Dah tu mari2 datang sini.

Ni dapur kedua. Kat umah utama pun ada dapur. Ni lebih kepada tempat hangout2 kalo bangun malam2 tuk minum kejap. Yes, agak open air skit. Sejuk kalo malam. Bagus, jimat elektrik nak bukak kipas.



Yang ni pula lagi satu tempat homestay juga. Rumah Pangi ke 3 kalo tak silap. Malam tu diorang ada survey tempat tu, diorang kata ada 4 bilik kat atas. Cantik kan!!! Jr kene jaga bbq masa nie... I mean malam tu lah masa diorang melakukan kunjungan tu.



Serius, JR jeles tengok umah nie. Kalo ni umah JR. Satu tahun tanak kuar. Tido saja. Tak pun bila emo2 pegi je tempat nie.. kan3!!! haha...





View dari tepi. View lah sudut mana sekalipun, tetap terpikat punya!!! haha~~
Kalo time hujan duduk sini sambil minum hot-choc. Hirup minuman pastu berangan.. Pergh!!! Layan abes woo~~ Tambah2 plak kalo hujan renyai2... Sure jiwang mode masyuk punya. Dah tu mula lah terkenang2, tersengih2 sendiri ingat masa2 happy. CONFIRM!!! hahaha~~

Meja tu terlindung dari terkene hujan yer.. jgn risau.. tu yg ckap best layan2 masa hujan.. Sebab hujan tak kene punya.. Hujan ribut lain crita lah..


  Tangga tuk naik ke bilik2 tingkat atas. Teringat plak tangga kat hostel Gunting Lagadan atas Gunung Kinabalu tu. Sebijik woo~~


Ini plak view dari tepi Rumah Pangi 2. Bilik JR yang sebelah kanan tu. Kat luar tu pun boleh layan jiwang masa hujan2... bagus kan tempat nie... minum hot-choc atau Kotea (Kopi + Tea) yang nie minuman tuan umah yg suggest. Kejap2!!! KOTEA???? muahahaha~~~ mcm lain je bunyik!!! Ah sudeh!! haha...

Siap ada kolam2 kecik kat Rumah Pangi 2 ni. Kucing ni tengah pilih2 ikan mana satu tuk buat lauk malam nie.. Korang pun bole pilih kalo nak... Sile2lah pilih tu pun kalo nak Tuan Umah halau korang lah.. haha...

Kalo petang2 nak hirup udara segar sambil beriadah pun boleh. I can bet u guys yg tempat nie memang udaranya tak tercemar. Sejuk and sodap saja woo~~

 Kerusi tuk santai. Tuk pasukan pompom pun bole. Cantik bah..

Ni view dari Rumah Pangi utama. Yang ni dah fully ubahsuai. Mula2 tu lain skit. Boleh tengok dari sejarah2 camna umah nie wujud.
 


Yang ni awal pagi sebelum pegi mandi laut diawal tahun baru nie. 
Best3!! Tak sabar sangat masa tu...

 Ni plak J-Lo. Anjing jiran yang masuk area nie. Tapi sangat2 peramah. 
Yer.. PERAMAH. hehe...


 Tengok tu tetamu siap bagi makan kropok lekor lagi sebelum pi mandi laut.

Yayyy!!! Dah sampai pantai~~~ Jom mandi. Angin laut awal pagi tu sedap je.. kalo baring2 sure 3 minit je trus berdengkur kuat....

Kebetulan masa tu kami tidak bersendirian. Ada juga family lain yg camping2 and celebrate new year kat situ. Acara 'Buang Sial' agaknya malam tadi.

  Tinjau2 dulu sebelum mandi.


 
Yang ni saudara kembar penulis. Muka baru bangun tido. Abaikan keseksian tu.. biasalah kat pantai..

 Ni plak otw balik. Jumpa view yang cantik2 then berhenti jap tangkap gambar.

 Jambatan ni betul2 mengingatkan JR masa berlari dari Tuaran ke KK semasa aktiviti Inter-College(UMS) punya event. 


 

Kat bawah tu restoran.. Restoran ???? Gayang. Tak ingat sangat nama dia apa dah..Tapi sure hidang seafood lah kebanyakan nyer tu.. dah tempat pun tepi sungai besar kan... 

Gunung kinabalu jelas kelihatan tapi kesian tangkap gambar guna handpon saja... sudeh.. 

Kat sebelah nie pun ada juga kedai ke restoran ke atau org jual ikan... tak tau lah apa sbab tinggi gile kitorang kat atas jambatan nie...

 Pastu layan ngantuk dalam kreta. Kalo tak layan sure tidoq. Tak baik tidoq dalam kete org. kang ayaq liur meleleh tak prasan.. muahaha~~


Apa yang best kat homestay nie.. ni hah... Tuan umah akan bagi keychain kenang2an nie.. Bleh pakai jadikan key-access tau kalo nak menginap kat sini lagi lain kali. Bagus tu..  


Memang best lah kalo nak buat event sendiri2 kat sini. Nak privasy2 ke.. nak larikan diri sekejap ke... Tak pun nak bawa family jalan2 dan stay kat tempat nie ke.. Saya suggest sapa2 yang nak pegi, cuba pegi tempat nie tempat nie.  Berbaloi2!!!

Jadi kalo nak tempah ke nak tinggal beberapa hari ke silalah pegi link nie yer.. smua ada kat dalam nie info2 pasal homestay nie...
Klik sini ----->Homestay Umah Pangi

Ni post New Year tahun lepas punya. Tempat yang sama.
Klik sini ----->New Year 2010




I did enjoy my New Year.
Thanks to AB and Abg Shah.
And of course TYVM to Tuan Tanah.**sembah2... haha...
 


Friday, December 31, 2010

MEMORIES #9: TETAP MENGERTI

 
Semua terasa salah
Semua terasa hina
Ketika rasa itu tak bisa lepas
Dari diri yang telah terhempas

Cinta dari suatu yang jauh dari artinya
Memberi walau tak harus diberi
Menerima meski tak diterima

Lihatlah aku disini
Haruskah ini terjadi

Lakukanlah sampai engkau puas
Cari saja apa yang hatimu mau
Sampai kapanpun aku selalu mencoba untuk mengerti

Teruskanlah hingga engkau jera
Dustai dan khianati lukai hatiku
Meski lautan airmataku mengering
Ku coba tetap mengerti




 Dats life.


Tuesday, December 28, 2010

LIFE JOURNAL #45 : DECEMBER COME TO AN END


              Dalam bulan ni saja, terasa diri ni sangat2 boros. Walau dalam sibuk JR dah plan banyak benda. Baik tuk bulan nie, mahupun bulan depan ditahun depan. Tapi tidak pula plan nak berjimat. Last time terpikir kenapa... tapi tidak pula peduli dan tetap teruskan saja.. tu smua tuk diri dan tentunya org yg disayangi. Tapi tatkala diri dirundung sepi, JR diam dan biarkan hati bicara. Ikut kata hati, manjakan hati sekali sekala. Kerinduan cuma ada satu penyelesaian. Pertemuan. Dalam sibuk bekerja, JR mencari masa yang terbaik untuk rehatkan diri. Susah rasanya dengan pekerjaan baru ni. Makan pun susah. Aduhai. Dalam pada itu JR kurang bijak berbelanja. Ni antara benda2 yang dibelanjakan.



Adidas


Simple dan menarik. Sudah pasti terpikat hati woo~~~
 Tapi bebaru nie je minat ngan brand Adidas.
Sebelum ni takdalah minat sangat berbanding brand Nike.
Tapi kebelakang ni jugak ada saja design Adidas yang mencuri hati JR.
Aiyooo~~~


 Non-ori yer.. pasar malam punya sahaja...



Converse All-Star.


Yang ni jgn ckap lah.. smua org fanatik.
Skali skala nak bergaya.
Layankan saja~~~




Sangat2 suka colour Yellow Cream sbab kebanyakan sluar JR berwarna gelap.

 
 
 
Passport


Alkisahnya sangat memenatkan. Sesampainya seawal pagi. Suasana imegresen renggang.
JR pun pegi lah kaunter ambik borang. Tanya officer ini dan itu.
Tup Tup.. siap isi borang then tunggu kene panggil.
System Offline tetiber. Benggang mode is activated.
Selang beberapa minit system ok then berurusan semula.
Mcm biasa tunggu sejam katanya. Tetiber ada org call. Katanya gambar tak clear bila scan dan kene buat baru. Arghh... ni yg malas nie. tepaksa lah balik gi bergambar jauh2.
Gi bergambar. Sementara tunggu gambar siap cuci so gi layan lapar perut nie dulu.
Gambar siap selang setengah jam. Bertolak semula ke imigresen.
Bagi gambaq then kene tunggu sejam.
Tertido. Tak prasan tido dah hampir sejam kat kerusi tu.. heh!
Ping Pung.... bell berbunyi.
PASSPORT DAH SIAPPPP!!!!
Duit habes aritu?
RM100 + RM12 + RM12 + RM 8 + RM6 = Layankan saja~~~




Jam Tangan (Rolex Oyster Perpetual)

Yang ni yang tak puas hati.
Boss yg jual ngan JR. Pekerjanya sendiri.
Dia kata kasi murah2. Tapi RM400. Solid Original. Baru lagi.
Angkut sajalah.. Bukan bayar sekali pun. Tolak gaji tiap2 bulan. So, kira berbaloi lah..
Ntah nape tahun2 akhir nie nak bergaya sakan saja...
Jiwa tetap klasik. Tapi biasanya Abah JR je yg pakai brand nie...
Tapi ia tetap nampak sangat2 mengiurkan...
Layankan saja~~~


Kamus, Handpon dan Buaian


Yang ni plak takda kena mengena ngan kes jual beli.
Ni waktu 2nd day X'mas. Ahad.
Just buang masa dari tengahari sampai petang kat blakang umah.
Bergayut atas buaian-baring.
Tertido kejap sbab ditiup bayu yg sedap tak terhingga.
Baca2 kamus tuk layan boring.
Main kamera. Snap sini dan sana.
Tapi tak snap di 'situ' yer... Heh! haha...
Ada handpon then main sms dan bukak FB thru hpon...





X'mas Cake


Ni bukan satu pemborosan atau aktiviti buang duit.
Ni untuk X'mas yer.. ada lah jugak beli kek.
X'mas kali ni takda apa yang istimewa sangat.
Tu menurut JR lah.. (jiwang mood activated)
Jasad disana tetapi hati ditempat lain.
Kerinduan pada yang tersayang bukan kepalang.
But still its a nice X'mas to gather with families..
Its ok bah... Smile JR.



" We wish you a  Merry x'mas~~~
We wish you a  Merry x'mas~~~
We wish you a  Merry x'mas~~~
And a Happy New Year~~~~ "


See you guys again next year. 
Much Love,



Friday, December 24, 2010

LIFE JOURNAL #44 : AKU SUKA BERLARI - PART 3 : KENAPA TM & CLIMBATHON?

 
Setelah tamat pengajian, saya masih terus menyertai acara Climbathon ini. Saya berharap agar tidak terlepas setiap tahun mengikuti aktiviti ini. Seperti yang pernah dikatakan, selagi saya mampu, berminat dan serius maka saya tetap akan menyertainya. Sebenarnya banyak faktor yang menjadi penyebab kepada kenapa saya ingin benar mengikuti aktiviti ini dan disini jujur saya kongsikan antara sedikit sebanyak faktor utama saya mengikuti larian ini. Ianya mungkin bersifat naif tetapi tidak ada apa yang perlu dimalukan dalam melakukan sesuatu yang kita minat.

MINAT
Sedari mula saya mendapat tahu akan sukan ini, saya sudah mula rasa mahu mengikutinya. Saya merasa cemburu apabila melihat nama2 pemenang terpampang di papan tanda dan menjadi tatapan mata umum. Ianya memang tidak semudah yang dijangkakan untuk mendapat tempat tapi tidak ada satu pun alasan yang perlu diterima bagi manusia sehat tubuh badan untuk tidak mencuba melakukannya. Dengan itu, saya mencuba dan bermula dari bawah. Mencuba menimba pengalaman sedikit demi sedikit walaupun ianya memakan masa bertahun2. Sasaran saya cuma satu, saya juga mahu nama saya terpampang pada papan tanda itu. Saya mahu orang luar mengakui bahawa anak tempatan juga setanding hebat dengan pelari2 luar negara yang lain. 

PENINGKATAN TARAF HIDUP
            Dalam hal ini, saya terpaksaakur dengan kemahuan emak. Bukan sebab saya kena turut cakap emak cuma kata2 beliau juga ada betulnya. Memandangkan kolej dimana saya belajar adalah dibawah syarikat TM maka saya mengambil segala peluang yang ada untuk menjadi wakil kepada TM dengan harapan ianya membawa kebaikan kepada saya kelak. Contohnya, ianya memudahkan saya untuk lebih dikenali dikalangan kakitangan TM sekiranya ingin memohon kerja. Sijil2 penyertaan dalam larian berprestij ini sangat2 berguna semasa memohon kerja dengan syarikat TM. Emak sangat pasti dengan pendapatnya. Saya tidak kata yang emak berfikiran kolot kerana mahu saya bekerja dengan TM sahaja. Emak sangat2 mahukan saya bekerja dibawah syarikat TM. Ini mungkin kerana atas khabar2 angin yang emak telah dengar daripada saudara-mara yang menggambarkan bagaimana cerahnya masa depan sekiranya bekerja dengan TM. Jujur saya tak kisah sangat pun sekiranya dapat bekerja dimana2 asalkan ia boleh menyara keluarga saya. Tetapi kata2 emak juga harus dipertimbangkan. Betul salah cakap emak harus dipenuhi kerana tidak mahu menyesal dikemudian hari.

BAKAT
            Bakat  juga turut memainkan peranan dalam hal ini. Ini kerana berbekalkan sedikit bakat yang tersimpan semenjak dibangku sekolah lagi dapat membantu dalam meningkatkan lagi tahap keyakinan saya dalam melakukan larian. Ianya tidak sehebat mana tetapi usaha yang berterusan sudah tentu membuahkan hasil kejayaan. Dan ianya cuma perlukan sedikit masa untuk digilap. Umpama sudah ditakdirkan yang setiap daripada kami lapan orang adik-beradik menempah nama dalam setiap sukan2 tahunan. Bahkan, nama keluarga kami juga turut menjadi bualan para guru-guru tentang penglibatan kami dalam aktiviti olahraga ini. Kadang2 ianya membuatkan abah bangga dengan kami. Tapi itu mungkin perkara biasa. Tapi saya tetap bangga dengan pencapaian keluarga saya dalam sukan olahraga ini. Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan sahaja. Deretan piala2 serta pingat2 pada almari itu masih tersusun rapi dengan nostalgianya yang tersendiri.

HOBI
            Saya punya hobi iaitu saya suka berlari. Saya rasa senang bila berlari. Sekiranya diri dibebani masalah, saya akan cari cara untuk berlari selain dari bermain bola sepak bersama rakan. Saya akan pergi berjoging. Saya akan berlari sehingga letih. Dan bila sudah letih, saya tidak perlu pikir apa2. Balik dan terus berbaring dibawah kipas siling dan tunggu sehingga peluh kering sebelum pergi mandi. Dan pada masa itu juga, saya boleh mencari jalan penyelesaian terbaik kepada beban tersebut. Ianya lebih kurang risiko untuk mendapat stress pada masa ini. Keadaan otak tidaklah terlalu letih sehingga boleh membuatkan saya tidak mampu berfikir. Tetapi ianya buat saya lebih mudah untuk membuat perhitungan secara waras. Dan dari hobi inilah jugalah saya terpaut pada larian Climbathon ini.


Dan ini semua kerana,


SAYA SUKA BERLARI.








Next post : AKU SUKA BERLARI – PART IV  : CINTA ATAU CITA2?


Thursday, December 23, 2010

LIFE JOURNAL #44 : AKU SUKA BERLARI - PART 2 : CLIMBATHON



 Sedutan  post sebelumnya:-

"Tapi itu semua cerita lama.. Kini saya ada cita2 baru… mungkin juga satu angan2 baru… tetapi sudah lama saya praktikkan sehingga angan2 ini pernah menjadi satu bahan pertengkaran dingin antara sebilangan pihak. Saya rasa bersalah walaupun sudah berkali2 saya beri penjelasan. Kadang kita kena faham betul2 dan tidak boleh pentingkan diri. Dahulukan diri sebelum orang lain. Itu betul bagi saya tetapi betul juga untuk dia kerana ingin dirinya didahulukan. Toleransi serta faham-memahami. Itu yang penting."

Beberapa tahun yang lepas, terdetak di hati saya untuk cuba mengukir nama seperti org lain. Tak kira dengan apa cara kebaikan sekalipun. Saya tidak punya kepintaran mcm org lain, tidak pun harta peninggalan dari turun-temurun untuk buat saya hidup senang, tidak punya bapa atau mak yg berada yang boleh buat saya tak perlu bersusah payah untuk berkerja membanting tulang hingga ke malam hari. Tapi itu bukan alasan bagi saya untuk Berjaya seperti org lain. Berjaya dan boleh dibanggakan. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kebolehan mereka. Saya punya sedikit bakat. Punya kekuatan semangat yang kental. Saya mahu berjaya. Dan yakin boleh berjaya.

Semuanya bermula pada tahun akhir saya menjejakkan kaki di kolej, saya sangat tertarik dengan satu larian. Saya cuba cari tahu dari mana2 pihak TM yang tahu mengenai larian itu. Saya juga mencari sehingga ke internet dan menjumpai banyak info.Hati saya tersenyum gembira. Itulah yang saya cari.Bakat saya yang tak seberapa tu bolehlah saya gunakan dengan sebaiknya pada larian ini. Saya punya prinsip, “biar perlahan asal menjadi” dan macam pelumba2 yang lain, saya akan mulakan larian dari tahap bawah. Saya tidak kisah berapa lama ia akan mengambil masa sehingga saya bersara dari karier ini.  Tetapi saya baru saja bermula.

Dan akhirnya,sudah dipastikan bahawa nama saya sudah tercatat sebagai pelari yang akan mewakili TM. Saya mengambil bahagianbuat pertama kalinya lewat tahun akhir saya menduduki kolej. Dan saya masih ingat masa itu, 24 Oktober 2008. Teruja. Saya berasa sangat2 teruja. Tidak sabar untuk memulakan larian pertamasaya.Walaupun dalamhatibercampur baur  perasan resah,  gelisah, cemas dan takut. Jujur perasaan itu akan sentiasa wujud dalam diri saya dan perasaan itu jugalah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk melakukan larian. Pada hari itu, kami datang berempat mewakili Telekom dengan dua orang (Saya, Harun) mewakili kategori Lelaki Terbuka dan dua orang (Abg Majid, Abg Petrus) lagi mewakili kategori Lelaki Veteren. Tapi malangnya seorang peserta tepaksa balik ke Kota Kinabalu kerana mendapat  panggilan yang mana ayahnya telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Maka beliau terpaksa bergegas pulang pada malam itu juga.

Saat yang ditunggu2 telah tiba. Seawal pukul 7.30 pagi semua peserta sudah bersedia untuk memulakan larian. Debaran dihati ini berkurang apabila bunyi tembakan pistol kedengaran. Sekelompok pelari yang berpusu-pusu berlari menuju pintu utama memasuki kaki gunung tidak terkira jumlahnya. Saya masih teruja. Saya seakan tidak percaya mengikuti larian ini. Gembiranya saya berlari tanpa mengenal erti penat. Cuaca sangat sejuk walaupun matahari bersinar agak sedikit terik seawal pagi itu. Sasaran utama saya bukanlah untuk mendapat gelaran atau kedudukan bahkan untuk mencari pengalaman dan informasi tentang bagaimana kondisi serta apa yang perlu saya lakukan pada larian-larian seterusnya. Penat, lemas, tidakberdaya, pening, kecut perut dan sebagainya. Itu semua adalah antara halangan yang akan wujud sepanjang larian. Dan pada hari itu saya terpaksa akur bahawa cuaca tidak berapa mengizinkans aya untuk sampai ke puncak. Cuaca lembab sekitar 3km akhir dari puncak gunung dan ditambah pula hujan yang turun secara tiba2 membuatkan aku mengeletar kesejukan. Sejuk... sangat2 sejuk. Saya mengambil keputusan untuk berteduh sekejap di Laban Rata sementara menunggu hujan reda.

Selang beberapa minit tamat masa mendaki, saya terus bergegas turun dengan berlari. Saya berasa sangat2 lapar pada masa itu. Dalam fikiran Cuma terbayangkan makanan yang sedap2 sahaja. Beberapa jam selepas sampai kebawah, kaki saya sudah tidak cukup kudrat untuk berlari laju. Saya hanya berlari2 anak dan kerap berjalan sahaja. Bebanan pada peha dan kaki sangat2 terasa. Garisan penamat beberapa ratus meter dihadapan dan saya berasa amat teruja kena berjaya menamatkan larian. Walaupun bukan yang terbaik tetapi saya bangga kerana telah menyahut cabaran itu. Dalam letih dan penat, saya masih mampu tersenyum gembira bersama pensyarah serta rakan2 yang turut hadir pada masa itu untuk memberikan sokongan moral. Terima kasih buat usaha mereka. Sudah pasti saya akan kembali kesini lagi tahun depan. Dan itu sudah pasti.



Bersambung….

Next post : 
AKU SUKA BERLARI - PART III : KENAPA TM DAN CLIMBATHON?






LIFE JOURNAL #44 : AKU SUKA BERLARI - PART 1 : NOSTALGIA


AKU SUKA BERLARI – PART I : NOSTALGIA (VERSI SEPARA NORMAL)
 
Saya, Jerung Rimba Putih yang biasa dengan panggilan JR. Saya bukanlah100% anak jati Sabah. Abah saya berbangsa Ilokano iaitu salah satu suku kaum Filipino yg telah lama bermastautin di Ranau. Dan emak saya pula berbangsa Kadazan Tuaran. Dan saya, SAYA SUKA BERLARI.
 
Dalam banyak2 sukan, saya suka akan berlari. Tak tau sebabnya tapi berlari buat saya rasa sangat senang dan gembira tanpa perlu pikir apa-apa. Mungkin juga disebabkan dari kecil saya suka melarikan diri daripada emak bila masa untuk mandi, makan dan apabila saya telah membuat salah. Haha..emak kata saya nakal sangat masa kecil. Kepala saya besar, berambut kasar dan bertubuh pendek tetapi gempal. Tetapi tangkas jikalau berlari. Itu kata emak tapi saya tidak pasti akan itu. Saya juga macam orang lain yang punya angan-angan. Cita-cita sudah tentulah. Sedari kecil saya bercita-cita nak jadi bomba, polis dan askar. Itu tahun satu. Kemudian tahun dua, tukar lagi kepada askar, doctor dan pilot. Setiap tahun bertukar kalau tidak silap. Tapi bila sudah besar mcm ni saya kurang ketengahkan cita-cita saya. Persoalannya, saya sendiri tak berapa pasti dengan cita-cita saya bila dah besar ni. Jujur saya katakana itulah kondisi cita-cita saya.

Tapi saya ada hobi. Saya suka bersukan. Saya gemar bermain bola sepak, futsal dan sangat-sangat suka berlari.haha.. Saya gembira bila berlari. Saya sangat berharap supaya dapat berlari dibawah deretan pokok-pokok yang rimbun. Dengan daun yang berguguran dan angin sepoi2 bertiup. Macam kat Jepun, Korea dan Canada. Tapi rasanya kat mana2 pun ada woo..

Sewaktu di kaki bangku sekolah, saya bersekolah di SMK Inanam. Saya selalu mengikuti aktiviti merentas desa. Sayalah pelajar yang sangat gembira bila pengumuman dibuat sekiranya tahun itu akan diadakan aktiviti merentas desa atau pun tidak. Saya pernah mendapat tempat ke-3 pada tahun kedua saya mengikuti acara itu. Sayangnya, acara itu diganti dengan aktiviti Sukan Tahunan selama dua tahun berturut2 sehinggalah saya berumur 17 tahun dan terpaksa kurang aktif kerana SPM. Selain itu,  menjadi wakil rumah sukan juga telah memberikan saya banyak pingat emas. Saya pernah mendapat emas dalam acara 7000m, 3000m berhalangan, 1500m, 800m, 4x400m dan 4x100m. Sayangnya, saya tidak pernah menyertai acara 100m pecut, 200m dan acara berpagar. Sememangnya saya kurang pantas pada acara jarak2 dekat.

Saya juga pernah menjadi wakil sekolah keperingkat tertinggi dalam olahraga. Tetapi saya kurangkan bersukan ketika tahun akhir untukmenduduki SPM. Tekad tekun untuk belajar walaupun kadangkala mendapat desakan dari jurulatih. Kata ibubapa lagi perlu diutamakan.

Tapi itu semua cerita lama.. Kini saya ada cita2 baru… mungkin juga satu angan2 baru… tetapi sudah lama saya praktikkan sehingga angan2 ini pernah menjadi satu bahan pertengkaran dingin antara sebilangan pihak. Saya rasa bersalah walaupun sudah berkali2 saya beri penjelasan. Kadang kita kena faham betul2 dan tidak boleh pentingkan diri. Dahulukan diri sebelum orang lain. Itu betul bagi saya tetapi betul juga untuk dia kerana ingin dirinya didahulukan. Toleransi serta faham-memahami. Itu yang penting.



NEXT POST : AKU SUKA BERLARI -PART II  CLIMBATHON





Tuesday, December 21, 2010

LIFE JOURNAL #43 : PLANNING. CHAP 2






 20 Dec 2010. 

RESUME : Harini takda buat apa sangat. JR ambik cuti. Nak sambung crita pasal smalam. Tak tido sampai ke 5 subuh sbab masa buat resume, kepala landing atas meja depan PC. Hebat sangat kan! Dah tu pagi baru sambung buat. Eh.. subuh lah. haha... Fuhh.. siap juga menjelang jam 8 lebih camtu. Pastu bangun dan bekfas jap. Pastu sambung tido... ops.. kantoi! haha.. kejap je jam 10 camtu dah bangun dah. 

PASSPORT : Kalo menurut plan nak pegi awal pagi, tapi since ada masalah ngan resume tak siap then terpaksalah tangguh... Lepas siapkan resume trus pegi kedai kat tempat keje lama sbab kebetulan tempat tu tak jauh dengan tempat nak hantar resume nie. Pegi sana, print then hantar baru nak bersiap pegi buat passport. Jumpa plak ngan boss. Heh!

Boss : Aik!! Ko ada sini jugak?
JR : Hehe.. print resume. Sebelum jam 3 kena hantar... hehe..
Boss : Tak siap lagi??
JR : Dah siap lah.. Tinggal print, susun, binding, masukkan dalam envelope then gerak pegi hantar.... har har har
Boss : Gelak2... Bah.. hati2 jalan... potong gaji baru tau...
JR : Aiks... berenti keje baru tau... muahahaha
Boss : Wah3....
JR : HAHAHAHAHAHA.....
Boss : Ok.. aku jalan dulu...
JR : Ok... hati2 boss....   HAHAHAHAHAHA...
Boss : (tunjuk buku lima ngan muka ganas yg tak ganas.. haha..)

Dah hantar resume then the next destination is Putrajaya. Nak gi buat pasport. Then one question pop-up in my head?

Where is dat Putrajaya???

I think dat Putrajaya is the one dat at Talipok. There's Putrajaya oso there.. I call my boss and ask my friends, the imegresen is at Likas. HEH!!!! So, I end up my day at Inanam. Go to the bank. Took some cash to pay for the Passport. Friend said dat its just cost me rm100 to make a 2 years valid passport. Then when I ask my boss and he said I must have rm150. Heh! Which one is true? Forget it.. bring much cash so dat I dun really have problem when I get there. The boss asked me before whether I want my salary ordy or not.. and I'm as usual... senyum2 kambeng and said "dunno.."  haha.. thats me! And now I have to korek my bank. Clever you JR.  I dont go for Putrajaya. I'll go at this coming Friday coz I'm off on dat day.


Advance X'mas wish 4 all.

Next post? 
CLIMBATHON : Why is it special to me??
 




Sunday, December 19, 2010

LIFE JOURNAL #43 : PLANNING. CHAP 1



Ntah lah kebelakangan ni JR rasa senyap je. I mean its better for me to do dat rather than rasa mcm diri ni menyebok saja. Yolah.. yg dicari pun senyap. Berpulun sms tak berbalas. Asal hantar je mesti rasa mcm salah sent... sbab tak berbalas. Ntah lah. Everyone got their privasy kan. Kang kata bukan2, post bukan2 kat FB and kat blog nie sure kata ngungkit lah.. sengaja menyindirlah.. so diam jelah. But still for those yg still reti nak bagi reply tu JR nak ucap thanks sangat2, appreciate sangat2 atas usaha2 korang tuk menceriakan JR. Yolah, JR ni bukan budak2 lagi kan yg taktau nak berdikari ke apa tapi still theres a time when we need somebody to talk with.. express wat we've been feelin' this lately. Fuck dat feeling. I mean my feelin' lol. Still thanks for those who there for me. Especially to Ash. Cepat je dia call bila JR pose jiwang2 kat FB tu.. haha.. Thanks.

Whats new about me? Nothing special. Been quiet this lately since they dont really want to talk.. Workin' hard with my job. As usual. Kerja org tak berkerjaya kan? Kenalah struggle sampai malam supaya gaji tinggi. Go for work, reached home late at almost 11pm something. As always started from this month. And I'll be busy doing my thang for this coming January. Banyak sangat event nak kena pegi.. takda lah event sangat pun... saja lah nak hilangkan stress keje.. nak gi jalan2 and of coz goin cuti2... its like "bawa diri" so call lah since dia tau apa yg dia pikir skrg... I wish youre happy with your career. Guess this is the best summary for what I'm gonna do for this coming New Year.


1. RESUME, TM INTAKE - Now I'm struggling to finish up my resume. Yes, TM is now calling again for new intake. This time I'll go. Thanks to my mum to encouraged me to go for this times. And of coz to Arman. :) Still upset from the first time I go for this interview. It is so2 berat sebelah. The resume shud be finish on 20th Dec 2010 which is on Monday before 3pm. And I still dun finish it yet. I'll finish it tonite.


2. PASSPORT - I dunno which one I shud do first. Sent my resume or goin get my passport.  Yeah, I'm goin for Limbang. And this time I'm serious. I'm going there alone. I wish I'm happy there.


3. CHRISTMAS - It's not like I'm really happy pun for Xmas eventho everyone shud.. Frankly, its just like any other festive.  I'm not really dat happy pun. I'll be just staying alone in my room. Yeah, being around with your family is the best thing on earth ever happend. But theres still a missing pieces... Its ok.. I hope time'll movin' fast. And I'll forget dat one eventho I know its not dat damn easy..




to be continued..