cover pic

Sunday, March 28, 2010

MY ALL TIME LOVER


           Rasanya pada post  yang lepas tu ada menceritakan alkisah mengenai Blacky Bear aku nie kan? Tengok kat sini. Blacky Bear. Dia ok sebenarnya, kalo ON kan, dia bleh guna mcm biasa tapi dalam masa beberapa minit selepas tu dia langsung takleh tekan apa2 kecuali butang On/Off tu. Sedih lah jugak sbab aku sayang gila kat dia. huwaaaaaaa......


           Aku tak sanggup tengok dia terperuk dalam laci tu je . So hari Rabu lepas aku dah hantar dah dia kat Nokia Centre. Sebelum pegi latihan and friendly-match futsal kat Jesselton, aku pergi lah kat Nokia Centre kat CP. And tanya punya tanya then officer tu ckap handpon tu kena check dulu then baru bleh bagi harga. Lepas tu baru ikut keputusan customer nak trus buat atau tak. Kalo tanak buat kena juga bayar RM25 untuk service charge. Aiyoo... Terpaksalah memandangkan warranty handpon tu pun dah expired.


          So pun meng-OK-kan jelah... sbab rushing nak main futsal kan. Takut lewat. Dah hantar and settle satu hal. Lepas tu pada hari Jumaat lepas, officer kat Nokia Centre tu call aku. Dia nak inform aku harga tuk repair handpon aku tu. Dia ckap untuk repair kena bayar RM387.00 sbab ia melibatkan module dia yg kena repair or tukar, maybe. Ntahlah. First, tu memang lah aku terkejut beruk. Apa tak nya, sbab masa hari Rabu tu dia ckap mungkin dalam RM60 hingga RM120 je. Tapi skali harga kluar, uishhh nak berdarah juga hidung nie. Haha.... Aku sempat juga terdiam masa tu, officer tu siap "Hello??? Hello???" kat aku lagi.... hahaha..... Aku tak banyak pikir sangat sbab memang aku sayang sangat kat Blacky Bear aku tu. So, aku suruh jelah buat JANJI, Blacky sihat mcm sediakala. Tapi yang penting aku kenalah tangguh lagi plan nak ambik lesen kot? hahaha...

Apapun, salam sayang dari..

Jerung Rimba Putih

No comments:

Post a Comment