Sakit. Aku rasa sangat sakit. Dan aku cuba untuk bangkit.
Mati. Aku rasa seperti mati. Walaupun aku tahu aku tak mau mati.
Pedih. Hati ini rasa pedih. Benar-benar buat aku sedih.
Takdir. Beginikah takdir? Iaitu saat yang kau tak mungkin hadir.
Kau datang dengan indah tapi kau pergi tanpaku pinta.
Kau buat aku gembira tapi kau tinggalkan aku berduka,
Kau ukir senyuman bahagia tapi kau gores hati ku luka,
Kau buatku terbuai leka tapi kau biar aku merana.
"Dimanakah harusku cari.
Pengganti dirimu bila hati telah terpatri,
Seribu jarak telah ku tempuh,
Agar kau slalu bersamaku"
Bagimu benar katanya,
Bagimu jahat diriku,
Bagimu kesian dirinya,
Tapi bagimu aku tak guna.
Aku tau....
"Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud"
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud"
Baginya,
Kataku bersulam bisa,
Walhal aku menurut sahaja,
Katanya tetap aku tak lupa,
Dengan harapan itu buatnya bahagia.
Kita yakin akan wujudnya cinta,
Biarlah kita tempuhinya bersama,
Kalau kau tahu bahagia ada disana,
Kenapa tanya watak ketiga???
Bukan sengaja buatmu bengang,
Meski kau kata nak bagi pelempang,
Walau slalu berfikir aku ni pencurang,
Aku diam sebabku dah sayang.
Sudah menjadi lumrah dunia,
Hidup ini tak boleh dipaksa,
Kadang bahagia kadang berduka,
Yang penting hati gembira.
Saat ini hatiku runsing,
Seharian aku merenggek cengeng,
Kawinkanlah anjing dengan kucing,
Kawinnya jadi tapi tak seiring.
Si suami marah si isteri diam,
Terlalu diam dikatanya memendam,
Sentap tapi bukan makan dalam,
Saja bagi suasana tenteram.
Dengan ini, aku menyusun 10 jari tuk minta maaf dan minta ampun secara ikhlasnya.
Memang kadang kita silap, tapi disetiap sudut itu mesti ada jalan penyelesaiannya.
Aku sedar aku manusia biasa dan terlalu hina di depannya buat masa ini.
Tapi harap Tuhan bagi petunjuk kepadaku akan dimana bermulanya dan wujudnya masalah ini.
Dan untuk masa2 yag pernah ada, aku sangat merasa bahagia.
Tak sedetikpun aku lupa akan saat2 itu.
Walaupun kini aku harus menampung sejuta tahun kesakitan.
Harap lobang dihati ini akan kembali pulih.
Sesungguhnya aku lemah mengharungi hari2 ini tanpanya.
Jangan lah uji aku sehebat ini.
Aku tanak jadi kambing hitam lagi lepas nie.
Asyik nak jaga hati orang lan tpi aku sendiri yang terkorban.
Cukuplah satu lubang yg buat di hati ini.
Sejujurnya, aku lebih rela jadi gila daripada menahan sakit hati.
Salam Sayang,
Jerung Rimba Putih
No comments:
Post a Comment