Penat sangat2 bergelumang dgn keje kebelakangan nie. Keje lebih masa. Balik umah malas2an. X sempat makan. Hilang selera nak jamah makanan. Tak kisahlah setinggi mana godaan hidangan tu. Kadang tak mandi malam. Balik2 aje trus tertido. Bangun pagi2 baru mandi. Harungi benda yang sama setiap hari. Hati rasa terpanggil2 tuk pegi bercuti lagi. Tapi langsung xtau kemana nak pegi. Asyik nampak benda yg sama aje dekat sini. Tapi hati risau kebelakngan ni. Sangat2 risau dan akhirnya kerisauan itu menjadi nyata. Dan ianya sudah pasti. Tolong jgn tanya. Kerana keadaan itu hanya menyakitkan lagi. Tolong. Tolong jgn kocakkan lagi gelora resah dihati. Entah bila lagi rasanya.
Hampir setiap malam mata ini seakan tidak mau dipejam. Hati gusar memikirkan kesudahannya pada kejauhan dua jasad berbeza. Hatiku cuba memberontak teriak terpekik tapi tontonannya tetap sama. Tatapan sekeliling tidak bisa membantu aku menjadi lebih baik. Aku tetap bernafas pada keadaan yg sama. Aku malas diajukan dengan soalan yang sama. Ingin rasanya aku berlari jauh selajunya. Tempiaskan segala kekusutan dalam hati. Hilang segala hubungan dengan dunia yang jauh merunsingkan. Gusar sekiranya tak terjawab persoalan. Takut sekiranya menghampiri kehilangan. Dan kini ianya jadi nyata. Dan kini aku malas memikirkan hal itu. Lari dari kerunsingan. Cuba hidup sebaiknya. Dan kini 'dia' semakin dan hampir ada. Walau dikejauhan manapun, walau tak terkejar tahun harinya. Aku tetap menanti selangkah demi selangkah. Keikhlasan ini biar jadi galang gantinya. Biar jadi jaminan yang aku akan tunggu. Jikalau sebaliknya yang terjadi, aku tetap tersenyum terus hidup.
Jauhkah Dublin?
jerungrimbaputih
No comments:
Post a Comment