cover pic

Monday, December 12, 2011

LIFE JOURNAL #101 : 'INDAHNYA' NATAL.



         Dah lama rasanya tak mengadu dan bercerita tentang diri sendiri kat dunia-kaku yang satu nie. 
Tapi aku lebih suka dengan dunia kaku. Sbab dunia-kaku..


Sbab dunia-kaku tak membantah. 
Sbab dunia-kaku tak mempersoalkan. 
Sbab dunia-kaku takkan berkata2 tanpa usul periksa. 
Sbab dunia-kaku takkan ingin menang selalu. 
Sbab dunia-kaku tak pernah mencari kesalahan aku saja tanpa memikirkan diri sendiri.
Sbab dunia-kaku takkan hanya lihat kesalahan aku saja.
Sbab dunia-kaku takkan cepat rasa bosan.
Sbab dunia-kaku takkan pernah makan hati.
Dan yg paling penting...
Sbab dunia-kaku sentiasa bertolak ansur.


Tapi aku tau aku tak boleh buat org lain gembira. Mungkin boleh, tapi sememangnya bukan smua. Ada baiknya aku cuba cari kebahagiaan tu sendiri. Hidup aku tak sempurna, jadi ada baiknya jgn cuba mencari kesempurnaan dalam diri aku sekiranya kau tak sanggup menerima kelemahan aku. Aku berharap agar semua org yg mengenali aku untuk hidup bebas. Lupakanlah semua yg menbelengu hati kamu. 
Berhenti bertanya. 
Jalaninya sahaja.
Dan kau takkan menyesalinya.




~~~ LIFE JOURNAL ~~~

Kebelakangan ni aku lebih tumpukan perhatian kepada kerja memandangkan hujung tahun dah tiba, apatah lagi hari Natal yg biasanya tahun ditunggu dengan penuh keghairahan. Perasaan itu tak terbayang dengan kata2 indah. Tapi tahun ni terasa janggal. Keindahan itu tidak wujud seperti yang dibayangkan. Hati aku jauh melayang. Dan aku tidak ingin melayan karenah ini. 


Natal. 
Semua perasaan aku tersirat dalam gambar ini.



~BukanKertasPutih~

Tuesday, October 18, 2011

LIFE JOURNAL #100 : 1001 RASA HATI


            
Dikala sedar dalam kelamaan sudah aku menyepi
Mencuba berdiam, aku melihat, aku mendengar
Aku cuba harungi hari2 indah yg samar kewujudannya
Sakit suka dan duka menjadi kebiasaan
Kalau dahulunya sulit itu menjadi keras kaku bagiku kini 
Bersama atau tidak, tetap aku mengharungi
Kadang kenangan datang mengusik
Kemesraan lama kian meniti pudar
Tetapi dalam diam masih inginkan persamaan itu tetap milik bersama
Aku mencuba berhenti sejenak
Mengenangkan jalanan yang sesunyi itu 
Kini kian mewujud menjadi milikku
Dalam kesamaran terlihat ianya bagai kian nyata
Tidak pernah aku merasa jenuh
Tidak pernah aku merasa bosan
Peluang seringkali aku taburkan
Demi kebaikan jangkamasa tertentu
Kesudahan bukanlah sesuatu yg aku tunggu
Penamat bukan sesuatu yg aku inginkan
Aku ingin terus dan terus berdiri melihat
Untuk terus tersenyum tanpa ada rasa sakit hati
Isu yg tidak perlu dijadikan prioriti aku jauhi
Merajuk, marah, keluh kesah xbertempat, onar sendirian
Dan berleluasalah menurut semahu hendaknya
Aku pekakkan saja telinga
Biarkannya sendiri tersedar.



1001 rasa hati aku taburkan bukan untuk tontonan semata
Sampai masa aku menunggu rapuh dalam gugurnya secebis ketaatan
Hati yang dulu longlai menahan perih kian membatu
Maka, perubahan itu satu petanda
Jikalau bertiup kobarnya kearahan kebahagiaan
maka bendera khas aku jahitkan
Berusahalah.
Dan aku akan berdiam.







hati batu,





Monday, September 19, 2011

LIFE JOURNAL #99 : RASA HATI




Arggghhhh.....

        Kebelakangan nie rasa down aje.. Banyak benda yg bermain serta menghantui pikiran. I really need someone dat can be really damn close to me. Right now at this time. The one I have now is my big bro, Abg Bear.  But the rest is just close thru pm. Still really appreciate it much for the concern.. Serius, jr malas nak pikir pasal benda2 yg menambahkan kerunsingan dan kekusutan kepala hotak ni. Jr malas nak pikir pasal benda jaga hati org lain aje. Penat! Kalo ada alat yg buat org faham akan perasaan hati jr kan bagus...

        Mana ngan isu parentslah, yang mana melibatkan kereta jr, bila kreta x siap, xkuar2 bengkel lagi dan mak asyik tanya kereta mana walhal dah tau kete masuk workshop, pastu keep on tanya2 dan tanya, dan mula buat andaian sendiri, cakap ini cakap itu buat kepala Jr jadi beban. argh.. pastu selisih faham. Stress  jugak bila keje.

        Ada plak lagi isu perbandingan secara tidak langsung antara aku ngan si polan yg tidak perlu disebut namanya.. Kebaikannya yg kononnya berlawanan dan berbeza dgn jr. Motif nak bagitau jr pasal org lain?? Ok fine. Supaya jr jadi budak baik. I mean lagi baik dari si polan n polan tu. Apa sangat jelah yg jr buat yg dia rasa x baik tu? Biarlah. Bgus jugak camni. Jauhkan diri, hilang masalah. Masing2 tak rasa terganggu. 
        
        Kerinduan yg xda penghujungnya. Jr xperlu rasanya menipu diri untuk apa yg jr rasa buat masa nie. Kolot sangat pemikiran mcm tu. Mata ni pun dah hampir sebulan dah bergerak2 aje. Xtau knapa. Abg Bear ckap, Nak tengok org jauh. Xpasti kebenarannya, tapi mengharap agar ada sinar kebaikan. Mudah-mudahan.

        Jr banyak mengalah dalam semua perkara. Sbab jr malas nak selisih2 faham cari sapa betul sapa salah. So, skrg jr nak concentrate ngan keje. Malas nak pikir pasal benda2 yang mengusutkan kepala. Yang lain tu kena lah pikir baik buruk dari tindakan sendiri. Sebab kadang2, untuk memahami sesuatu bukan hanya sekadar mendengar dan merasa, tetapi jugak perlu mengerti dan cuba menjiwai rasa tersebut. 




Hugs.
JRP

Sunday, September 11, 2011

LIFE JOURNAL #98 : THROUGH THE TREES

 Gambar2 febret aku.
Memang kene ngan jiwa aku yg suka ketenangan.
Sejuk aje hati tengok gambar2 nie..
:)












 


































Much love, 
Jerung Rimba Putih

Monday, August 29, 2011

LIFE JOURNAL #97 : DESA CATTLE SDN. BHD. aka. MENSILAU (AGAIN)


 Salam.. kali ni dihari yg sama juga lepas pegi KUNDASANG WAR MEMORIAL tu, JR ada pegi lagi ke Desa Cattle Sdn Bhd. Alaa... yang org ckap mcm dekat Australia tu... tempat lembu tenusu tu lah... Walaupun dalam panas terik tempat tu tetap terasa sejuk sebab betul2 di bawah kaki gunung.... tempat tu memang best. Sapa kata tak best tu memang tipulah sangat2...  Kat sini xda aktiviti sangat selain dapat melihat mcmana memproses susu segar dari lembu2 tu..  Malaslah nak potpet potpet... tengok gambar jelah senang...

 JR tak pasti sangat tapi rasa2nya ni memang umah pekerja2 kilang pemprosesan susu tu agaknya... Xpasti sangat tapi rasanya iya lah kot.. haha...


 Sebelum masuk kena bayar dulu tau... 
tak sampai 10 hengget pun kalo nak bayar..
sorang rm3 tak silap...


 Ni lah lembu2 tu...


 Lembu minum susu lembu.. erk!


 Ni pose wajib menandakan yg JR ada pegi tempat nie.. biasa lah tu.. :p


 Pandangan dari dalam bilik pemprosesan.

 
 
Ni lah lembu2 tu smua.. banyak lagi nie.. 
tapi malas nak terkejar2 diorang nie.. busuk. hahaha
 

 
 malas nak bebel.. hahaha tengok jelah sendiri.


 
 Lembu2an bergerombolan dan bergumpulan bersama2an.. gituh...


 Mesti wajib jumpa gambar2 mcm nie kan? kih kih kih


 Oklah nie yg last.. tau korang dah bosan tengok muka aku ngan lembu aje kan...
menchik tau!!!
menchik!
menchik!
menchik!
hahahaha... 


salam sayang
JRP