Hari ini adalah satu tarikh yang tidak mungkin dapat aku lupakan selamanya. Memulakan hariku pada awal pagi. Nyenyak? Tidak sepenuhnya memandangkan kawan-kawan datang bertandang kerumah dari semalam. Wajib menerima kunjungan dari kawan-kawan dihujung-hujung minggu. Kelantangan suara mereka dan disusuli pula dengan petikkan gitar sudah tentu tidak dapat melelapkan mereka disaat itu. Gelak tawa dan gurau senda mereka jelas kedengaran dari bilik sebelah.
Tapi itu kelmarin.
Kegembiraan mengetuk pintu hati tatkala menerima panggilan dari insan yang benar-benar aku sayang. Mendengar suaranya, gurauannya, ceritanya, usikan manjanya dan aku benar-benar leka seketika akan dunia. Yah, tetapi dia tidak mahukan aku terlalu larut sekali akan dirinya. Itu pintanya dan harus aku lakukan sebaik kemahuannya. Privasinya, prioritiku.
Tapi itu semalam.
Sebangunnya aku dipagi hari, fikiranku melayang jauh. Merasakan satu kekurangan. Seharusnya aku tidak merasakan itu tapi rasa itu datang ikhlas dari hati. Bukan satu olokan dan bukannya satu lagi sinetron atau drama dunia. Maka aku tabahkan sahaja hati ini untuk cuba melaluinya kenyataan ini sebaik mungkin. Teringat semula semua bicaranya akan hidupnya. Sejarah kisah silamnya, kisah dukanya dan mungkin satu igauan lamanya. Dia berhak akan hidupnya. Perasaanku terhadapnya itu mungkin igauanku sahaja. Walaupun katanya, yang sayangnya terhadapku lebih bererti dari segala sesuatu.
Tapi itu aku.
Tapi hati ini keras ingin memberontak. Pandangan terhadap hidupnya seakan tidak releven. Peluang tertutup hanya kerana masa duka dihari lalu. Saat dia masih berdua bersama insan pilihan hatinya. Tapi itu tidak adil. Mungkin adil untuk dirinya tapi tidak bagiku. Bukankah itu cerita dia dengan pendamping hatinya dimasa itu. Jadi bagaimana pula untuk mereka yang ingin cuba menambat hatinya kini? Peluang tertutup hanya kerana masa lalu. Adilkah begitu?
Sekian dan salam sayang,
JRP aka. JR
JRP aka. JR
No comments:
Post a Comment