cover pic

Friday, April 30, 2010

PULAU MAMUTIK Promo to Sabah!

**This is a re-post**

Kali ni kita enjoy ngan tengok2 gambar jelah yer...
Malas nak bebel2 lah... haha...
Actualy, gambar ni bertarikh 7 Februari 2010, Ahad.
Masa tu memang nak sangat2 pegi Pulau Mamutik nie sbab boring2 sangat kat umah..
Pendek kata, nak tenangkan fikiran lah yg memang berselerak masa tu.
Sibuk ngan kerja, kerja dan kerja.
Pastu, futsal, futsal and futsal.
Bola sepak, bola sepak dan bola sepak..
Asyik training je memanjang.. aiyoyo...
Asal balik je mesti penat dan tertido...
So camna nak update blog???
Sudah!! Jgn bebel2 lagi...
Jom tengok gambar...

Gambar masa kat entrance masuk Pulau Mamutik.

Segala bagai fees sebelum masuk...

Masa tiba dalam jam 10.00am mcm tu org dah ramai dah..


Kan betul!! Ramai org.. haha..


Jgn pedulikan couple tu...
Actualy, nak tangkap gambar kayak tu je tapi tepaksa juga snap..
(Pulak... alasan sangat kan~~~)


Pertejemahan ke bahasa Melayu versi Sabah
"Tidak pandai baranang, jgn betabiat mo turun main air"


Ok, menatang ni dipanggil BIAR-AWAK...
That why org tak kisah sangat ngan menatang nie...
Suka2 dia je hidu2 beg org kan!!!
Sepak kat testis tu baru tau!!! hahaha...


Dan ini adalah ikan untuk di panggang...
(Ikan?? Sapa rasa2 sya tipu?? Btul sya tak tipu.. itu ikan lah...)
Tinggal setengah lagi yg nak di panggang.


Ini topeng untuk mereka yg nak main pasir...
Masa tu angin bertiup kuat so kena pakai ni untuk bernafas...
Jgn tak pakai tau... Hahahaha....
(Jgn gelak!!!)


Batu nisan untuk orang yg suka menyelam dalam pasir!!
AWAS!!!


Yg botak tu nama dia Keris Dauturi..
Tak caya?? Tanya kat akak seksi tu..
**sawan..

AMARAN!!!
Kalo nak pegi mandi jgn tinggalkan ayam yg dipanggang...
Tak pasal2 makan ayam hitam yg diimport khas dari Afrika kang!!!
(Padan muka!!!)
**padahal sendiri juga yg makan... kui kui kui...

Segala bagai barang yg disusun dengan sangat "rapi" sekali...
Tu lah kerja anak2 dara tu smua...
Sesuwai sangat tuk dijadikan bini...
(Habis rumah berselerak kalo mcm tu... wakwkawkak..)

Sya sendiri pun terkejut beruk bila dapat tau
yang Jericho Rosales pun ada kat situ pada masa tu..
Gambar Atas : Jericho Rosales

Hah!! Ni lagi Jericho Rosales!!! Sapa lah yg paparazzi sangat nie yer...
Takpa2, org hensem mesti dapat coverage lebih...
***sawan-ing.. lol

 Jericho Rosales tengah bersantai2 rendam teloq.. haha...

Cinta cintun si urang puteh...


Urang Jipoon main layang2....


Yer, adik2, abg2 n akak2 yer...
Untuk pergetahuan, inilah dia Ikan mhilis..
Sebut betul2.. MHILIS... MHI.. LIS...
Tak caya??? Tanya uncle kata bawah nie...


 KAN!!! Tulah, tak nak caya... kan...


 Salipar berkaler pink... aiyooo...


Kesian orang tu kena tinggal sendiri2...
(Nak gi teman dia jap... lalala~~~)


The sun is set again??? Erk!!!
Sun.. set.. go!! 


"Ini adalah boat laju...
Ia bergerak sangat laju...
Sebab pemandu bot tu bawa laju2...
Itu lah ia si bot laju~~"
(***kojol~~)


Ini adalah mer-maid...
Maksudnya, org gaji yg dipanggil Mer sbab nama dia Merry..
hahaha..

Baiklah, sekian saja acara
"Jalan-Jalan Buat Taik Mata"
untuk kali ini...
Diharap anda semua terhibur dan terliur2 melihat gambar2 ini...
Sekian, dan slamat bercuti2 Sabah...
SABAH... BEST BAH!!!
BULIH BAH KALAU KAU!!!






Salam sayang,
Jerung Rimba Putih


Sunday, April 25, 2010

PULAU MANUKAN aka. SYURGAKU!

 
Haips, malas sangat nak update so ni antara gambar2 yg akus empat edit masa pergi bercuti sehari kat Pulau Mamutik yg SupaDupaBest itu.

Yang ni gambar copy dari internet yer bukan sya yg tangkap..


 Henry and his DIVA..

 Back : Dg Nur Siti Hanifah
Front : Ann aka. Bebeh

 Charles Marshal having his 4th round. 
Wakakakakakkk.... 
Tapi jgn risau, ko tetap paling cute antara semua...

 Aisyah aka. my travel assistant...
Antara org yg paling banyak menyumbangkan tenaga.
Meh sini aku nak hugs ko sebagai tanda terima kasih....
Aku tak mandi lagi ni just nak hugs ko.

 Dg Nur Siti Hanifah tengah pose2 jiwang gitu.

 Yvonne aka. DIVA masa kat MMC dulu... tapi skrg still keDIVA2an jugak lah...

 Yaya, dia cute kan? Tapi tetap takleh kalahkan keCUTEan aku...

 Ni lah antara kawan2 seperguruan aku dulu2 masa belajar ilmu terbang.. diorang bleh terbang tinggi tu je sebenarnya...
Tapi aku bleh terbang tinggi dari itu tapi mesti kena pakai cawat kaler pink... 
kalu tak, takleh terbang...


 Sian pakcik nie... dia trauma nak turun sbab haritu ikan buntal raba punggung dia...
Dia masih terkenang lah tu dah tak dara... 

 Jericho Rosales yg turun hadir pada masa tu...
Tak sangka dia bleh ada kat situ lah...
 
 Lagi satu pose.. ketara sangat candid kan?
Biasa lah artis nie, kata mana2 ada paparazzi kan...
 
 JRP aka. Snave Guy Lavoie JR aka. Jericho Rosales


Salam sayang yer,
Jerung Rimba Putih

Saturday, April 10, 2010

STORY OF THE DAY!

      
          Alkisahnya kelmarin harinya aku membolosi kerja lagi atas urusan kekeluargaan. Memang tidak dapat dielakkan lagi. Takpe lah bukan untuk orang lain pun, keluarga sendiri jugak. Sebangunnya aku adalah di Kota Belud. Tempat yang memang menarik untuk dikunjungi bagi mereka yang tidak selalu kesana. Sesekali tu best juga singgah sebentar untuk bersantai. Tiupan angin sangat lah SEDAP sekali kat situ. Angin yang bertiup tidak pernah reda. So, rasa SEDAP n NYAMAN memanjang je kalo stay2 kat tepi laut tu. 

         Pastu tengahari dah bertolak balik semula ke KK. Sampai2 je rumah, handpon memekak. Panggilan dari abg no 4. Katanya handpon dia kat kedai tu dah siap repair. Padahal kelmarin dah plan nak pergi cari barang2 keperluan untuk majlis Ahad nanti kat Imperial Hotel, KK. So, plan aku tu jadi batal sebab aku malas nak singgah2 kalo jalan. Yelah, jalan kaki dan naik bas kan. Kalo drive lain cite lah.

        Pastu, otw balik CINTA ada sms. Katanya, aku tak ingat kat dia.. haha... Dia memang lucu. Buatlah mcm mana pun. Dia tetap lucu. Aku dah biasa ngan usikkan dan kemanja2an dia tu. Atas sebab tu lah aku tak pernah mengalah tuk mencintai dia. Tak pernah pun lupa kat dia.  Tapi tu jelah, kadang busy so lupa nak mesej kat dia... harap dia mengerti lah yer...

         And then otw balik tu tiba2 handpon berbunyi dan itu panggilan daripada Nokia Centre. Dia pesan yang anak aku dah bleh ambil. Dia dah sihat dah.... Yahuuu... tak sabar nak ambik hari Isnin nie... Walaupun terpaksa putih mata sbab hilang RM380 tuk dia aku tak leh kisah sangatlah since dia dah banyak berjasa kat aku.... apapun aku memang takleh sabar nak amik dia.... huhu.... happy mode sajork nie... b(n_n)d... 


         Sampai umah trus call CINTA , dia bosan katanya kat umah.... then bermulalah adegan usik2 mengusik melalui telefon... hahaha.... tetiber crita kitorang ada masuk bab ayam berkokok, anjing menyalak yg mengganggu... dan sebagainya... haha... ada juga yg kena cubit kang...

        Petang ikut bapa pegi beli barang umah. Selamba je bapa ckap harini takyah pegi latihan bola sepak... ish3... Sib baik bapa ada call kat coach kalo tak berhambur lagilah air liur dia pekik2 ntah apa2.. Malam ada call abg2 juga... Abg no 1 tu busy sbab ada meeting.. abg no 2 tu plak tak angkat fon... ntah....
        Anyway, hope u guys have a blast weekends yer... jaga diri bebaik. Sama jugak utk CINTA  aku tu....



Salam sayang,
Jerung Rimba Putih

Friday, April 9, 2010

10 ALASAN UNTUK ANDA MEMPERCAYAI SI DIA!!

           Keharmonian dalam sesuatu perhubungan bemula dengan sikap saling percaya mempercayai. Walaupun tidak seratus peratus, mungkin kamu meletakkan separuh kepercayaan pada si dia. Tetapi mudahkan kamu memberikan kepercayaan pada si dia. Panduan dibawah mungkin membantu kamu untuk menilai sejauh mana kamu boleh memberikan kepercayaan pada si dia.

KOMITMEN 
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tetapi juga lebih daripada itu. Jika kamu ataupun si dia berani memberikan komitmen dan bersungguh² dalam perhubungan, tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing² akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya.

JUJUR
 
Kejujuran menjadi salah satu pelengkap keharmonian dalam sesuatu perhubungan. Jika kamu dan si dia jujur, kamu tidak perlu rasa sangsi dengan setiap tutur kata dan tindakkannya. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya kamu berdua sepakat demi menjayakan hubungan yang terbina.

TERIMA SEADANYA
  
Faktor dalam menjayakan hubungan adalah menerima antara satu sama lain. Setiap kebaikan dan keburukanmu menjadi penghibur hatinya. Dia juga tidak merungut ataupun melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perhubungan. Usahanya ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan antara kalian.
 
PENGERTIAN
Kamu tentunya berharap agar si dia mengerti dan menerima pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika terdapat perbezaan sekalipun, si dia bijak menangani situasi ini. Tindakannya tidak menampakkan perbezaan pandangan di antara kalian.
 
YAKIN 
Apabila rasa yakin, kamu boleh memberikan pandangan bersama si dia. Baik dalam hal² remeh-temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan sentiasa merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu.
 
ELAKKAN RASA TIDAK PUAS HATI 
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan.

BERFIKIRAN TERBUKA
 
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun pada hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi si dia amat memahami setiap gerak geri tindakan dan reaksi wajahmu.

RUANG KEBEBASAN
 
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa berada disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan. Apa yang penting, jangan pula berfikir yang bukan² dan menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan itu kerana ini bukanlah niatnya, sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

JAUH DIMATA DEKAT DIHATI
 
Saat terpisah dengan jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling meindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu.

HORMAT-MENGHORMATI
 
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya.

 
**Rasanya usikan manja dan gurau senda juga penting dalam mengukuhkan lagi hubungan.**


Salam sayang,
Jerung Rimba Putih


Sunday, April 4, 2010

SEHALUAN @ TIDAK?


Kunci kepada kebahagiaan adalah memahami antara satu sama lain dan mengalah bila perlu.

P/S : Untuk semua yer...


Salam sayang,
Jerung Rimba Putih aka Snave Guy Lavoie JR