cover pic

Saturday, May 16, 2009

2 May 2009 – Titik hitam buat sekali lagi

Sabtu. Seperti biasa aku berjalan ke ofis untuk berkerja seperti setiap pagi. Memandangkan tidak mempunyai kereta sendiri maka aku hanya menaiki bas ke ofis. Macam hari-hari biasa, bangun lewat, grooming depan cermin lebih kurang setengah jam. Yelah, kalau tak nampak macho mesti taknak gerak lagi.

Masa dalam bas aku duduk 3 kerusi depan driver then macam biasa disebabkan “kejiwasenian” yang melampau-lampau saya pun dengar mp3 Sony dengar volume yang hyperblast. Bom jatuh pun gerenti tak dengar. Confirm. Then aku pun tertidur. Sedap dengan tidur, selang 40 minit then bas pun berhenti. So, konduktor pun kejutkan aku sambil berkata,
“Boss, turun mana?” konduktor dengan muka yang masih liat baru bangun.
Aku dengan tak sound2 balik dekat budak tu pun terus tarik earphones dari telinga dan masukkan dalam beg. Then terus angkat beg. Kemudian turun dari bas. Maka berjalanlah aku seperti biasa menuju Warisan Square sebab nak ambil bas ke Sembulan. Macam hari-hari biasa juga, sebelum ke ofis aku akan beli chewing gum kat kedai auntie nie. Then semasa nak check dompet kat dalam poket beg, aku pun terkejut beruk.....

Dompet dah takda dan beg terbuka. Suddenly aku teringat yang aku terlupa kunci beg tadi masa angkat beg dan terus jalan. Aku pun berlarilah macam dikejar babi hutan. Sampai tempat tu aku pun tunggu lah dekat sebelah jalan. Malangnya bas tu tak pusing balik tapi dah lari ikut jalan laut (Tanjung Lipat). Masa tulah aku naik panik sangat. Tapi tak lah panik macam orang hilang anak. Muka tetap control macho. Sebab kan ku nie macho. Haha…..! Sambung balik cerita. So, aku hilang lah segala-galanya pada hari itu. Maksudaku apa yang ada dalam wallet tu lah.
Bas yang dikatakan boleh 'ghaib' oleh aku.

Hari tu aku hilang :
1 : Macam biasa lah, first sekali mesti lah JR hilang IC.
2 : And then, balance duit gaji RM 53+.++. Tu pun balance untuk bayar yuran college and planning nak beli PSP.
3 : Kad bank Bumiputra Commerce, BCB.
4 : Kad bank BSN (Bank Simpanan Nasional)
5 : Kad Public Bank
6 : Ni pun kira penting ni, resit pembelian Handphone Nokia E71 dan Playstation 2. PS2 ni pun belum sampai sebulan beli.
7 : Dan barang-barang yang boleh kira berharga jugalah sebab pemberian orang.
8 : Aku juga hilang separuh semangat dalam kejadian ini. Tapi kemachoan tu tak luntur banyak sangat lah.

So, aku pun call lah uncle yang kebetulan kerja dekat Balai Polis Karamunsing sebagai CID sebab nak minta bantuan untuk cari bas tu. Tapi malangnya uncle pun masa tu ada dekat Balai Polis Kepayan and tengah busy katanya. So, aku minta tolong dengan member. Tapi member pun tak dapat tolong juga sebab kereta tetiba rosak padahal awal pagi tadi dia pakai kereta tu. Biasa lah, kawan waktu senang memang berlambak, masa susah takyah cerita lah.

And then, aku redha lah dengan nasib diri sebab uncle pun dah cakap bagus pergi buat laporan polis terus. Tapi aku masih nekad nak tunggu bas tu. After that, tengahari lepas selesai buat laporan polis aku pun pergi lah tunggu kat stesen bas dengan harapan agar bas tu muncul. Tapi memang dugaan aku benar yang bas itu takkan muncul-muncul.
Dah lah panas! Sakit hati lagi! Kui Kui Kui!!!!

Malas menunggu macam kutu rayau kat stesen bas tu, aku pun beredar dengan hati yang sebak dan pilu. Maka hari itu aku tidak turun ke ofis dan aku sudah mengkhabarkan berita ini kepada bos and dia faham and still beri semangat kat aku and bagi lepas aku tuk hari ini. Jadi hari itu aku pun bergerak tanpa hala tujuan dan hanya menunggu hari larut dimakan gelap.

Dan disaat ini barulah dapat aku rasakan bagaimanakah rasanya kehilangan. Sakit, pedih dan perih sekali. Yelah, walaupun wang yang hilang tak banyak mana tapi itupun hasil usaha aku dalam satu bulan juga.

Moral : Dapat gaji ja, terus masukkan duit tu dalam bank. Kalo hilang pun dompet dengan kad-kad bank tu semua duit still dalam bank. So, tiada lah yang merenggek-rengek malam dan jadi macam kutu rayau tanpa haluan. Har Har Har.

‘Snave Guy Lavoie Kadek Bayu JR

Friday, May 8, 2009

30 APRIL 2009 – Aku hidup buat sekali lagi


Tanggal ini adalah amat berarti buatku kerana ia merupakan salah satu hari yang bisa membuatkan aku tertawa riang dan melupakan kisah lama. Dengan harapan untuk melupakan kisah lama dan aku pun mengenali dirinya. Memang tidak dinafikan yang dia sangat mudah untuk dibawa berbicara apatah lagi untuk dibawa berbincang. Dia memberikan nombor telefonnya kepadaku dan saat itu kami mulai berhubungan sesama sendiri.

Ianya kelihatan lebih baik daripada punya pacar tapi ngak pernah memikirkan perasaanku. Yang hanya ada dipikirannya cuma kepentingan dirinya dan keegoannya yang terlalu ketara dimataku tapi tidak dirasakan olehnya. Kerana dia surat larut dengan keangkuhannya. Kebenaranku selalu tertutup oleh kata-katanya yang selalu dipikirkannya benar walhal dia sudah jauh menyimpang dari topik asal. Aku masih ingat dahulu, dimana aku terpaksa redha dengan keinginannya dan aku terpaksa melepaskannya walaupun aku tidak rela. Tapi saat ini aku bersyukur kerana aku telah berbuat sedemikian. Mungkin kerana saat itu aku masih terlalu muda untuk memikirkan soal hati. Mungkin itu juga hanyaCinta Monyet sama seperti anak-anak muda yang lain yang mana melafazkan kata-kata manis tapi tidak ada kesudahannya.

Lupakan saja tentang dia, kerana dia sudah menjadi salah satu sejarah dalam hidup aku dan aku tetap berterima kasih kepadanya kerana telah melakarkan satu lukisan indah dalam hati aku. Rasa sakit itu tidak harus aku biarkan menjadi dendam kerana dia juga manusia yang berhak untuk mendapatkan yang lebih baik. Dan jauh disudut hati ini, masih menanti kepulangannya. Dan aku ikhlas akan hal ini.

Dikala menanti hari bahagia yang tak mungkin datang. Dan aku trus coba mencari penganti dirinya. Dan hari ini mungkin bisa tersenyum lagi kerana DIA. DIA yang dimaksudkan bukanlah “dia” yang dulu. Tapi dia adalah orang baru dalam hidup aku. Dan ya, aku sangat gembira mengenalinya. Seperti insan-insan bercinta yang lain aku juga sama, aku cuba melepaskan kerinduan kepadanya melalui sms. Hoho..! Dia boleh buatkan aku tersenyum walaupun dengan lawak jenakanya yang tak seberapa. Usikan manja sesekali membuat pipiku tersimpul lebar.

Tetapi, aku mulai risau akan dirinya yang selalu bekerja hingga ke lewat malam. Dan tidur malamnya yang tidak cukup kerna harus bangun awal pagi untuk bekerja semula. Aku faham dengan situasinya kerna dia juga ada membicarakan hal ini kepadaku. Aku faham kalau dia benar-benar maksudkannya. Apa yang penting aku harus tetap menasihati dia agar tetap mengutamakan dirinya lebih dari segala kepentingannya dan jaga kesihatan. Niatnya tinggi untuk keluarganya dan aku akan tetap sokong sepenuhnya dan berikan dia semangat walaupun tak seberapa kerna aku tau kelebihan diriku mahupun dirinya. Tekadnya kuat dan begitu juga aku, walaupun aku tau meski ada insan lain yang lebih baik dari aku disekitarnya dan sudah pasti boleh mengugat aku dalam hal ini.

Dan saat ini aku masih bersamanya,disuatu hari nanti jikalau hari gelap itu datang lagi dan aku tidak akan pernah menyesal karna sudah mengenalinya. Itu bukanlah disebabkan oleh kata-kata indah yang sudah dilafazkannya tapi hati budi dan rasa ambil pedulinya kepadaku. Dan kalau dia benar-benar ikhlas kepadaku dan aku teramat sekali bersyukur kepada Tuhan. Meski pun Tuhan tidak menyetujui kami. Kerna diri ini pun sudah biasa dengan keadaan “ditinggalkan”. Dan satu yang kuharap darinya, maka dia jagalah dirinya disaat aku lagi tiada bersamanya dan moga dia terhindar dari segala macam bencana dan musibah. Ku mohon juga kepada Tuhan agar menghindarinya dari segala macam kesusahan dan musibah. Kerna aku disini tetap akan mendoakannya.

Btw 8 1410 203, 314 9816314

‘Snave Guy Lavoie Kadek Bayu JR