Masihkah ku bisa tertawa terbahak
Dari sempitnya waktu yg begitu kelam
Perjuangan hidup memang sangatlah berat
Tuk melepas beban yg begitu memikat
Haruskah kuhentikan waktu yang sedang berputar
Namun ku tak mungkin bisa tuk merubah segalanya
Aku masih bisa terus berjalan menikmati hidup
Meskipun sulit menjadi mudah
Jadikan cobaan itu anugerah
Yang bisa merubah ruang yang gelap menjadi indah
Dan terus langkahkan dikedepan
Berikan warna hidup kita menjadi indah
**NI UNTUK SEMUA & PLEASE JGN KAITKAN IA DENGAN SIAPA2**
Post kali JR aku buat simple2 jelah.... Serioulsy, memang banyak sangatx1000 yang JR nak post tapi memandangkan JR kene pikir untuk kebaikan diri, kawan2, teman2, rakan taulan, sahabat handai, sahabat karib dan of course org2 yg banyak beri influenced kat JR.
So, JR tanak ada sapa2 cuba kaitan diri dia dalam post tuk kali ini. Btw, ini bukan "UTUSAN" dari Syurga sbab hidup sejuta tahun skali pun belum tentu JR layak jejak kaki ke tempat tu.
Btw, I'm not a
PSYCHO
Namun kebahagiaan sesebuah perkhawinan bukan terletak pada isteri sahaja, suami juga harus menjadi insan tersayang yang mengembirakan interi sepanjang masa walau dalam keadaan apa sekali pun.
Bukan sekadar memiliki perwatakan yang menarik tetapi memiliki satu pakej yang sempurna sehingga menjadi teladan kepada semua, disayang isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan akhirnya Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Berikut ada petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari seorang wanita bergelar isteri. Jadilah suami yang terbaik untuk isteri.
30 PESANAN BUAT SUAMI
1. Pucuk pangkal kepada sesuatu perkara bermula daripada niat yang betul.
Sekiranya anda berniat dan berdoa untuk menjadi suami yang terbaik, tentu anda akan mencapainya. Tanpa niat dan doa harapan anda itu akan tinggal harapan sahaja dan tidak mungkin akan menjadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengena perkara ini.
2. Sentiasalah bersyukur dangan jodoh yang ditentukan buat anda.
Bersyukurlah kerana mempunyai pasangan. Yakinlah bahawa isteri adalah pasangan terbaik buat anda. Hargailah dia dan berilah layanan yang selayaknya.
3. Jadilah suami mithali yang dibanggakan seorang isteri.
Menjadi suami yang mithali bermakna anda harus tunjukkan contoh yang baik. Tanya diri anda apakah anda mempunyai sifat dan amalan yang boleh dibanggakan isteri.
4. Peruntukkan masa berbual dengan isteri setiap hari walaupun sebentar.
Setiap isteri pasti bahagia apabila suami berbual dengannya. Tanya diri anda berapa minit anda luangkan masa bersama isteri setiap hari?
5. Pulanglah kerumah dengan senyuman dan bersemangat.
Bukan pulang dengan keletihan dan wajah yang masam. Senyuman anda akan membahagiakan isteri dan anak-anak dan rahmat akan turun. Senyumlah apabila sampai di rumah.
6. Gunakanlah masa yang ada.
Gunakanlah masa didalam kenderaan untuk bergurau senda dengan isteri ketika menghantarnya ke tempat kerja atau kemana sahaja. Ini kerana ramai suami lebih suka membisu ketika memandu daripada berbual dengan isterinya.
7. Ringankan tangan menelefon atau menghantar sms.
Telepon dan sms kepada isteri dengan menyatakan anda sayang dan rindu kepadanya. Pasti isteri akan terasa seronok dan bahagia anda berbuat demikian.
8. Bergurau dan bersenda semasa menelefonnya.
Selain menghubungi isteri, hiburkanlah hatinya dengan bercerita, buat lawak atau gurauan. Gurauan itu pasti mengubat hatinya dan mengeratkan hubungan anda berdua.
9. Jadikanlah makan bersama setiap hari sebagai satu amalan.
Ketika itu anda boleh berbual dan saling menasibhati. Amalan ini akan mengeratkan hubungan. Disamping itu, elakkan berbual mengenai perkara yang melalaikan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.
Ini adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan anda berdua.
11. Tolong isteri buat kerja rumah bagi meringkan bebannya selain mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Jadikan mesyuarat keluarga satu amalan.
Ini boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah dan mengelakkan daripada salah sangka atau prasangka yang tidak baik.
13. Pastikan penampilan anda kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Kebanyakan suami ingin melihat isterinya sentiasa cantik tetapi dalam masa yang sama mengabaikan penampilan diri sendiri. Ini tidak adil.
14. Mendidik isteri adalah tanggungjawab anda.
Didiknya dengan memberikan nasihat secara berhikmah. Tindakan anda sendiri akan menjadi contoh kepadanya. Jadi elakkan bercakap tak serupa bikin.
15. Jangan abaikan nafkah isteri.
Berikan mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah isteri kerana isteri berkerja.
16. Jadilah suami yang menjadi penawar hati isteri.
Sentiasa ambil tahu keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Taatlah kepada perintah Tuhan
Sentiasa taat kepada perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kerana sebagai ketua keluarga anda bertanggungjawab terhadap mereka.
18. Simpanlah rahsia isteri.
Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isterinya. Namun ada juga suami secara sengaja atau tidak meceritakkan keburukkan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Keluarga isteri dan keluarga anda tiada bezanya.
Kedua-duanya harus dilayan dengan sebaiknya. Jangan membeza-bezakan diantara keduanya dan jauh sekali memusuhinya.
20. Tiada suami yang tidak cemburu kepada isterinya.
Cemburu juga tandanya sayang dan peduli. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Steri suka apabila suami mempunyai sifat cemburu dan membuatkan dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf kerana syurga isteri dibawah tapak kaki suami.
Maafkan isteri sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22.Menegur dengan cara dan adab yang betul.
Tegurlah isteri dengan penuh hikmah dan kasih sayang apabila dia melakukan kesalahan. Cara menegur yang kasar akan membuatkan isteri merajuk. Apabila berkasar, isteri akan rasa takut, bingung, sedih dan memberontak.
23. Jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai contoh.
Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang terbaik untuk menghidupkan amalan sunnah dalam rumahtangga. Setiap kali menasihati atau mendidik keluarga sebutkan nama rasul agar suasana lebih berhemah dan lebih dapat menyejukkan hati setiap penghuni rumah.
24. Sentiasalah dahulukan keperluan isteri dari orang lain
Ini adalah kerana ia adalah tertib yang seharusnya diaambil perhatian serius dalam memberi khidmat. Ini ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.
25. Ingatkan isteri mengenai solat dan ibadah lain.
Sentiasalah mengingatkan isteri akan solat dan amal ibadah dan sekiranya berjauhan, telefon atau ingatkannya melalui kiriman sms. Lakukan ini sehingga ke akhir hayat.
26. Mencintainya dengan sepenuh hati.
Cintailah isteri sepenuh hati, tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif.
Sentiasa melakukan sesuatu perubahan positif yang ketara. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Perlihatkan keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.
Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamerkan kematangan yang tinggi
Ini adalah kerana orang yang matang akan tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan isterinya sahaja.
Ramai lelaki hormat wanita tertentu sahaja dan membuatkan isteri kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat wanita lain termasuk pembantu rumah.
Nota Kaki : Harap ini boleh dijadikan satu rujukan yang baik tuk semua.
**Penat tau taip benda ni subuh2 tuk hapdet blog.**
Alkisahnya kelmarin harinya aku membolosi kerja lagi atas urusan kekeluargaan. Memang tidak dapat dielakkan lagi. Takpe lah bukan untuk orang lain pun, keluarga sendiri jugak. Sebangunnya aku adalah di Kota Belud. Tempat yang memang menarik untuk dikunjungi bagi mereka yang tidak selalu kesana. Sesekali tu best juga singgah sebentar untuk bersantai. Tiupan angin sangat lah SEDAP sekali kat situ. Angin yang bertiup tidak pernah reda. So, rasa SEDAP n NYAMAN memanjang je kalo stay2 kat tepi laut tu.
Pastu tengahari dah bertolak balik semula ke KK. Sampai2 je rumah, handpon memekak. Panggilan dari abg no 4. Katanya handpon dia kat kedai tu dah siap repair. Padahal kelmarin dah plan nak pergi cari barang2 keperluan untuk majlis Ahad nanti kat Imperial Hotel, KK. So, plan aku tu jadi batal sebab aku malas nak singgah2 kalo jalan. Yelah, jalan kaki dan naik bas kan. Kalo drive lain cite lah.
Pastu, otw balik CINTA ada sms. Katanya, aku tak ingat kat dia.. haha... Dia memang lucu. Buatlah mcm mana pun. Dia tetap lucu. Aku dah biasa ngan usikkan dan kemanja2an dia tu. Atas sebab tu lah aku tak pernah mengalah tuk mencintai dia. Tak pernah pun lupa kat dia. Tapi tu jelah, kadang busy so lupa nak mesej kat dia... harap dia mengerti lah yer...
And then otw balik tu tiba2 handpon berbunyi dan itu panggilan daripada Nokia Centre. Dia pesan yang anak aku dah bleh ambil. Dia dah sihat dah.... Yahuuu... tak sabar nak ambik hari Isnin nie... Walaupun terpaksa putih mata sbab hilang RM380 tuk dia aku tak leh kisah sangatlah since dia dah banyak berjasa kat aku.... apapun aku memang takleh sabar nak amik dia.... huhu.... happy mode sajork nie... b(n_n)d...
Sampai umah trus call CINTA , dia bosan katanya kat umah.... then bermulalah adegan usik2 mengusik melalui telefon... hahaha.... tetiber crita kitorang ada masuk bab ayam berkokok, anjing menyalak yg mengganggu... dan sebagainya... haha... ada juga yg kena cubit kang...
Petang ikut bapa pegi beli barang umah. Selamba je bapa ckap harini takyah pegi latihan bola sepak... ish3... Sib baik bapa ada call kat coach kalo tak berhambur lagilah air liur dia pekik2 ntah apa2.. Malam ada call abg2 juga... Abg no 1 tu busy sbab ada meeting.. abg no 2 tu plak tak angkat fon... ntah....
Anyway, hope u guys have a blast weekends yer... jaga diri bebaik. Sama jugak utk CINTA aku tu....