cover pic

Wednesday, August 18, 2010

LIFE JOURNAL #3 : PONIES AND NEW LOVE

             Banyak sangat benda yang bermain difikiran saat ini. Bukan soal hidup atau mati tapi soal hati. Cerita lama banyak menganggu. Bukan saja2, tapi kadang memang ada waktu untuk terkenang. Terkenang tiada salahnya tapi tak usahlah buat ianya jadi satu sumber kesedihan. Kalo dulu its ok. tapi kalo skrg rasanya tak perlu. Takpa, hari ke hari akan lupa lah tu. Tambah2 lagi bulan puasa nie kena balik malam. Busy memanjang lah nampaknya.
But its ok lah sbab dah buat perjanjian ngan boss. Kene balik lambat tapi esok bleh masuk keje lewat. 9.30am plak tu. hehehe... But thats still not enough for me I guess. hahaha...

Skrg plak lain cerita. Ni plak pasal rambut JR. Kalo dari dulu rambut pendek memanjang. Boring. Muka goodboy memanjang. Dari zaman skolah lagilah. Aiyoo~~ So skrg nak panjangkan rambut nie. Since JR pun bukan kerja ngan kerajaan. Yg perlukan penampilan nampak mcm pembantu peribadi punya potongan. Tapi tengoklah sbab tadi dah potong pendek bahagian depan.  Cuma tinggal ekor kuda tu je tak potong. Mungkin esok hari terakhir. Sebenarnya, JR bertanding ngan member2. Rambut sapa paling panjang. JR no 1 skrg.  Tapi bila awal pagi tadi mama bebel pasal rambut JR yg mcm gypsi katanya. Baran trus. So, bila mama dah bersuara JR kenalah bertindak. Ntah lah. nak potong gak kot pony tu esok. Tambah2 plak Ash pun kata "pendek" lagi baik. Kan!
Yang penting kena tanya org rumah. Tapi dia pun kata nak pendek.
Menchik! hahaha....


Ni plak pasal gadjet2 JR. Memang dari zaman sekolah lagi meliur nakkan benda nie. Even pernah kena tipu lagi bila berurusan jual beli. Member punya member yg jual tapi dia dah ambik duit tak bagi barang. Puas JR sumpah serapah dia. Last2 JR redha and berserah kepadaNya untuk melaksanakan apa yg perlu. Lantak lah dia makan duit haram tu.


PSP 2004 ni JR swap ngan BlackyBear(Nokia E71) JR tu. Mcm lepas setahun lebih dah malas nak guna handpon tu.. plan nak tukar ke Nokia 5800. Tapi terkejut beruk bila tanya kat kedai handpon tuk trade-in. Untuk handpon nokia E71 tu diorang cuma boleh bagi RM250. Aiyoo.. ikut logik pun still tak masuk akal. Menchik lah. Tau lah beli seribu lebih then itu tahun2 sebelumnya. Harga dah turun. Tapi ini RM250!!! Sungguh2 menyakitkan hati. So tak jadi trade-in. Sayang. So, I shud come up with a brilliant ideas. Yes, I think do.


So, Untuk mengurangkan kos pengeluaran. JR post kat mudah.com tuk SWAPkan sahaja handpon JR tu ngan gadjet nie. First2 tu tak pikir plak ada org nak. Tapi JR terkejut betuk bila jumlah org yg nak swap ngan handpon tu melebih 40 org. Sungguh!. Kalo tak silap JR ada post yg permulaan nama2 yg nak tukar tu kat facebook. Dalam beberapa hari tu je, tak kira masa, pagi petang malam subuh sbmua org call-in nak tanya pasal handpon tu. Pernah lagi org call tak angkat, tutup fon kalo malam. Menjengkelkan jugak lah. Skit lah. Pelbagai jenis nego ada, ada yg nak tukar ngan handpon Sony erikson lah, ada yg nak beli. banyak yang bak tukar ngan PSP tapi kebanyakannya PSP versi FAT aka. version lama. Tak kurang banyaknya yg nak swap ngan Nokia 5800 tu. Pada masa tu, JR bingung. Nak ambil PSP or Nokia 5800 tu. Bingung sangat2. Tapi bila mendengar suara ramai. PSP lagi mendapat banyak sokongan dari handpon nokia tu. Disebabkan perjalanan untuk memiliki PSP tu dah kat bangku skolah lagi tapi tak kesampaian so, JR bagi laluan lah tu gadjet tu jadi milik JR. So, jumpa org tu. Swap barang. Masing2 test dalam masa 3 hari. Chat2 skit. Then deal n confirm tukar. So, barang ni lah yg menghilangkan rasa boring JR sehari2an.
My new love. hehe...



Ok2. Thats all for today. Gotta hit the shower n rush. See u guys later.


Salam sayang,
JRP aka. JR

Thursday, August 12, 2010

LIFE JOURNAL #2 : LIFE & LIVING

There's so many things I wish to tell u guys.
Theres just too many of em'.
But I guess I just go with the point2 utama jelah yer...

Ini ubat.
Bos belikan tuk sya yg degil tanak makan ubat.
Rasa ubat nie tak sedap.
Rasa dia mcm rasa UBAT.
Sbab kalo tak takut JR tak dapat siapkan business kad tu.
MENCHIK!

Ni plak gitar JR.
Dari skolah menengah sampai JR akil baligh.
Muahahahaha...

So ni yang baru.
Nak try acoustic plak.
Tapi yg ni kasi adik JR.
Tapi still JR pun bleh mainlah.
Kalo dia tak bagi JR ambik balik.
Berani? Cubelah.

Ni gambar kenangan je.
Handpon ni dah swap ngan PSP 2004.
Yelah sbab ada hpon tapi tak guna jugak baik tukar.
So, kat bawah ni adalah antara koleksi gambar dari handpon tu.
This is Joanna Amber. Baru sebulan lebih kot umur dia masa nie.



Owh seksi nyer dieerr.... kah kah kah


My name is Berittney Sepanar.

Gambar ni adalah yg paling latest kot.

Masa kat KFC Wawasan Plaza.
Masa rambut masih pendek.







Lepas habis futsal.

Masa baru nak gi keje.

So, I guess that all for today.
Later sambung lagi lah yer.
Malas nie, ngantok.


Salam sayang,
JRP aka. JR

Monday, July 26, 2010

LIFE JOURNAL #1 : DAMN MISSING YOU



4.29am, 26 July 2010.
tak dapat tido lagi.
banyak sangat bermain di pikiran
Penat. Tadi di bengkel memandu.
arghhhhh..... napa camni???
mum plak ada tanya pasal camera JR
bertambah2 lagilah stress JR memikirkan hal tu
sebabkan tolong kawan tak berguna tu JR dapat masalah
kawan yang tak bertanggungjawab.
Dah lah JR syg sangat ngan camera tu.
ARGHHHH..... suruh ganti dia sengih2 buat muka seposen.
Gi jahanamlah.
jgn tayang muka depan aku lagi pasni.

Subuh2 nie JR rasa sunyi sangat.
Rindu kat seseorang. 
SANGAT2 rindu. 
Kalo bleh nak bersama ngan dia.
Setiap masa lagilah baik.
tapi bukan semudah itu kerna banyak halangnya.
JR sangat2 inginkan kasihnya, sayangnya dan belainya 
arghhhh....... aku nak dia lah.....
:(

ni nak sambung tido semula
masa tinggal beberapa jam je lagi sebelum jam 5.30 tuk bersiap gi keje.
harap esok JR akan happy.
memulakan hari dengan senyuman paksaan ini.


salam sayang,
JRP aka JR

Saturday, July 24, 2010

KOSMO : ADRENALIN DI LALUAN BESI TERTINGGI DUNIA

Adrenalin di laluan besi tertinggi dunia


             NAMA khasnya Via Ferrata. Memang kedengaran pelik dan asing sekali sehingga sukar digambarkan. Namun, dalam bahasa biasa ia juga disebut sebagai laluan besi. Diambil daripada bahasa Itali, Via Ferrata atau laluan besi merujuk kepada kabel besi panjang yang digabungkan bersama dengan cincin besi di dataran dan lereng gunung. Pada bahagian-bahagian tertentu juga Via Ferrata disertakan dengan tangga besi, peletak kaki dan jambatan.
Mempunyai sejarah yang panjang sejak tahun 1843 apabila diperkenalkan di Austria yang menghubungkan dua puncak gunung tertinggi di negara itu iaitu Grossglockner, Via Ferrata hakikatnya mempunyai kepelbagaian kegunaan.

              Pernah digunakan pada tahun 1913-1917semasa Perang Dunia Pertama oleh tentera Itali sebagai laluan rahsia bekalan senjata dan memperkuatkan ketumbukan pasukan tentera, Via Ferrata kemudian menjadi salah satu bentuk sukan rekreasi ekstrem yang memompa adrenalin kerana menguji keberanian seseorang melawan ketinggian. Sejak itu, Via Ferrata sebenarnya cukup popular di Barat, sehingga bayangkan di gunung-ganang benua Eropah sahaja terdapat lebih 300 laluan besi seperti di Perancis, Jerman, Itali, Slovenia dan Switzerland. Namun, dibandingkan dengan jumlah itu, benua terbesar di dunia iaitu Asia hanya memiliki satu laluan Via Ferrata.

              Bagaimanapun, apa yang membanggakan Via Ferrata tunggal Asia yang terletak di pergunungan Kinabalu itu diiktiraf Via Ferrata yang paling tinggi di dunia iaitu pada ketinggian 3,776 meter menewaskan laluan besi Italian Dolomites 3,343 meter. Pengiktirafan itu diberikan oleh Guinness Book of Records kepada syarikat pengendali Via Ferrata Gunung Kinabalu iaitu Moutain Torq pada 16 Disember tahun lalu. Hampir menyamai konsep seperti sukan memanjat dinding (wall climbing), bagaimanapun apa yang perlu anda fahami untuk laluan besi ini, ia bukanlah digunakan semasa memanjat Gunung Kinabalu, sebaliknya sewaktu menuruni puncak iaitu bermula dari ketinggian 3,776 meter ke 3,411 meter.

              Memperkenalkan Via Ferrata kepada sekumpulan wartawan yang menyertai Kembara Gunung Kinabalu Via Ferrata Bersama Media anjuran Bank Muamalat baru-baru ini, menurut salah seorang jurulatih, John Martin, 21, terdapat dua jenis laluan besi di pergunungan iaitu Walk the Torq dan Low Peak Circuit.

              Katanya, Walk the Torq merupakan laluan besi yang lebih pendek dengan jarak sekitar 430 meter. Bermula pada ketinggian 3,520 meter, laluan besi Walk the Torq terdiri daripada 200 meter laluan menegak pada sudut mencapai 90 darjah, 230 meter laluan agak mendatar dan sebuah jambatan kabel atau dipanggil Monkey Bridge. Cabaran Walk the Torq pada kebiasaannya boleh disudahkan dalam masa sekitar satu hingga dua jam. Jika Walk to Torq dicadangkan untuk pendaki amatur, Low Peak Circuit pula ujar anak kelahiran Sabah itu, digalakkan buat kaki-kaki daki tegar kerana dengan panjang laluan 1.2 kilometer, ia memberi cabaran yang lebih mengujakan.
RAKAMAN foto kenangan saat menjadi sebahagian daripada pendaki bertuah melalui pengalaman Via Ferrata.


“Mengambil masa sekitar empat hingga lima jam untuk disudahkan, Low Peak Circuit juga mempunyai kombinasi jambatan gantung, tiga buah jambatan wayar dan dua buah jambatan kabel. Bermula pada ketinggian 3,776 meter anda akan menuruni laluan besi sehingga ke titik 3,411. Ini bermakna mereka yang mencuba laluan Low Peak Circuit tidak akan terlepas laluan Walk the Torq," ujarnya sambil memberitahu sejak dimulakan pada tahun 2007, Via Ferrata Kinabalu telah ditakluk oleh sekitar 6,000 pendaki.

              Apa yang lebih membanggakan katanya, laluan besi yang dikelaskan sebagai Grade AD atau kesukaran tahap sederhana itu adalah antara yang terselamat di dunia kerana tidak pernah mencatatkan apa-apa kecelakaan. Kerana itu, semua peserta laluan besi diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat keselamatan oleh jurulatih Via Ferrata pada sebelah malam sebelum aktiviti. Pada sesi satu hingga dua jam itu peserta akan diberikan tunjuk ajar penggunaan peralatan seperti abah-abah, helmet, cangkuk dipanggil scorpion dan teknik ikatan ikatan tali pada cincin besi di dinding gunung. 

Penulis bersama rakan-rakan media sebelum 
memulakan pendakian.
               Dalam ekspedisi istimewa yang dicetuskan oleh Bank Muamalat itu, oleh kerana kebanyakan peserta kembara merupakan pendaki amatur bahkan, sebahagian besar pertama kali mendaki Gunung Kinabalu, kami memilih untuk sekadar mencuba laluan besi Walk to Torq.




Menawan Walk the Torq

              Pagi itu selepas menawan puncak Gunung Kinabalu sekitar 5.30 pagi hingga 6.30 pagi, kebanyakan pendaki tidak punya masa untuk merakam banyak foto kenangan di puncak granit itu. Ini kerana kami perlu berada di Sayat-Sayat (pondok perhentian) sebelum pukul 8 pagi untuk mengenakan semua peralatan keselamatan Via Ferrata. Pendaki yang terlewat tidak dibenarkan untuk menyertai tidak ekspedisi Via Ferrata atas faktor kekangan masa kerana aktiviti itu diadakan pada sebelah pagi.

              Terpaksa meninggalkan beberapa rakan yang terlewat, seramai 24 peserta kembara yang sudah bersiap kemudian berjalan turun sekitar 300 meter untuk ke tempat mula Walk the Tork. Walaupun tidak sepenat seperti mendaki, namun menuruni kawasan pergunungan pula dari puncak Low Peak menggamit kisah berbeza. Tekanan pada lutut menyebabkan kaki penulis terketar-ketar sendiri apabila berdiri lama. Diberi rehat selama lima minit sebelum memulakan Via Ferrata, hati penulis menggumam sendiri, “Bagaimana hendak turun laluan besi ini dalam kaki terketar-ketar.”

              Apatah lagi apabila kepala didongak ke atas, sayup-sayup kelibat objek berwarna oren melekat di dinding menegak granit Kinabalu menyebabkan hati tambah kecut dan risau. Objek itu merupakan sekelompok pendaki berhelmet oren yang memilih laluan besi lebih ekstrem iaitu Low Peak Circuit. Kami kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan pertama dan kedua seramai 10 orang manakala baki empat orang dalam kumpulan ketiga.
Ahli-ahli dalam setiap kumpulan kemudian diikat secara berangkai menggunakan tali khas dipanggil tali dinamik dengan orang pertama menjadi kapten manakala di belakang pendaki terakhir, seorang jurulatih Via Ferrata akan memegang tali itu.
 
PARA pendaki Kembara Gunung Kinabalu Via Ferrata bersama Media 
bergambar kenangan sebelum memulakan ekspedisi. 

              Melihat cenuram dalam di bawah, rasa gayat dan ketakutan dibuang jauh apabila perasaan penulis mula sebati dengan keterujaan rakan-rakan lain. Saat mula memasukkan kedua-dua scorpion kepada kabel, pada detik itulah kami meletakkan sepenuh kepercayaan keselamatan nyawa kami kepada peralatan seperti tali dinamik, tali penyandang (energy absorber lanyard), kabel besi dan sudah tentunya jurulatih Via Ferrata yang setia di belakang.
Memulakan cangkukan pertama scorpion di kabel batuan landai, hampir kebanyakan kami kelihatan begitu kekok untuk membuat ikatan dinamik pada cincin besi. Begitu juga ketika membuat pertukaran dua cangkuk scorpion ke kabel yang dipisahkan dengan cincin besi itu.

              Akhirnya selepas lebih beberapa menukar cangkukan scorpion ke kabel besi, keserasian dan keyakinan semakin menebal, cuma kami masih perlu berhati-hati mengatur langkah serta letak kaki kerana permukaan dinding granit yang kadangkala menegak dan mendatar. Apatah lagi melakukan aktiviti secara berkumpulan perasaan takut lekas sekali hilang, apabila gelak ketawa melihat pelbagai keletah rakan-rakan memeriahkan suasana.
Saat berdepan dengan Monkey Bridge juga sangat mengujakan. Melalui jambatan dengan hanya berpijak pada seutas kabel sambil di bawah adalah gaung dalam, memang agak menakutkan. 
Penulis semasa berdepan dengan Monkey Bridge.
              Namun, hampir semua peserta meniti laluan dengan senyuman malah, ada yang melepaskan tangan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada energy absorber lanyard.
Yang pasti, menawan Via Ferrata melalui Walk the Torq dalam masa satu jam setengah, ia antara pengalaman sungguh luar biasa. Apatah lagi di bawah kaki gunung, sekeping sijil kejayaan menakluk Via Ferrata tertinggi di dunia sudah sedia menanti kami.



Salam sayang,
JRP aka JR

Monday, July 19, 2010

TAPI ITU...

               

               Hari ini adalah satu tarikh yang tidak mungkin dapat aku lupakan selamanya. Memulakan hariku pada awal pagi. Nyenyak? Tidak sepenuhnya memandangkan kawan-kawan datang bertandang kerumah dari semalam. Wajib menerima kunjungan dari kawan-kawan dihujung-hujung minggu. Kelantangan suara mereka dan disusuli pula dengan petikkan gitar sudah tentu tidak dapat melelapkan mereka disaat itu. Gelak tawa dan gurau senda mereka jelas kedengaran dari bilik sebelah.

Tapi itu kelmarin.
             Kegembiraan mengetuk pintu hati tatkala menerima panggilan dari insan yang benar-benar aku sayang. Mendengar suaranya, gurauannya, ceritanya, usikan manjanya dan aku benar-benar leka seketika akan dunia. Yah, tetapi dia tidak mahukan aku terlalu larut sekali akan dirinya. Itu pintanya dan harus aku lakukan sebaik kemahuannya. Privasinya, prioritiku.

Tapi itu semalam.
              
              Sebangunnya aku dipagi hari, fikiranku melayang jauh. Merasakan satu kekurangan. Seharusnya aku tidak merasakan itu tapi rasa itu datang ikhlas dari hati. Bukan satu olokan dan bukannya satu lagi sinetron atau drama dunia. Maka aku tabahkan sahaja hati ini untuk cuba melaluinya kenyataan ini sebaik mungkin. Teringat semula semua bicaranya akan hidupnya. Sejarah kisah silamnya, kisah dukanya dan mungkin satu igauan lamanya. Dia berhak akan hidupnya. Perasaanku terhadapnya itu mungkin igauanku sahaja. Walaupun katanya, yang sayangnya terhadapku lebih bererti dari segala sesuatu.

Tapi itu aku.

                Tapi hati ini keras ingin memberontak. Pandangan terhadap hidupnya seakan tidak releven. Peluang tertutup hanya kerana masa duka dihari lalu. Saat dia masih berdua bersama insan pilihan hatinya. Tapi itu tidak adil. Mungkin adil untuk dirinya tapi tidak bagiku. Bukankah itu cerita dia dengan pendamping hatinya dimasa itu. Jadi bagaimana pula untuk mereka yang ingin cuba menambat hatinya kini? Peluang tertutup hanya kerana masa lalu. Adilkah begitu?


Sekian dan salam sayang,
JRP aka. JR


Saturday, July 17, 2010

ZAMRI RAMBLI : XPDC VIA PERATTA

           Rasanya dah lama tak post2 kat blog nie. JR hampir terlupa akan kewujudan blog nie(ayat cover malas... hahaha...) So post kali ni agak spesial skit dan ianya lebih mengisahkan tentang tetamu yang datang bertandang dari seberang. Beliau menghabiskan masa kat Sabah kerana mengikuti xpdc Mount Kinabalu Climbing Via Peratta. Yang pasti dia sangat2lah gembira sekali.

Yes, Inilah pelancong itu. Zamri Rambli.

Riang Ria bersama journalist ini untuk isu kali ini...

Rombongan beliau semasa bergambar bersama ngan kumpulan ST12
Kumpulan febret JR. Argghh!!! JELES!!!!

Ni plak sesi temuramah bersama Dato CT ngan husband dia...
(Yg ni tak jeles pun... wakakaka)

Ok. This is the main event...
Diorang nak gi manjat2 Gunung Kinabalu tapi via Peratta lah..
Tu yg buat JR jeles sbab tak pernah naik melalui laluan tu....
(arghhh.... menchik!!! hahaha...)


Expressi ini adalah wajib tuk mereka yg pertama kali mendaki.
Di kilometer pertama akan membuatkan kita berfikir banyak kali untuk kilometer seterusnya...
Tapi yang seekor ni nampak liat aka. tough skit...
(Skit je... kasi chance! wakakakka)

 
Kelihatan disitu agak ketara sedikit kebaruan bagi mereka yg first-time naik.
Memanglah!!! hahaha....
Beg yg mereka bawa mcm nak pergi berkampung setahun kat sana....
hahahahaha.... good effort tho... lol!!!
(n_n)v

Yes!!! Kanak2 Ribena ini memang liat dan tough sekali.
hahaha..


Kegumbiraan yg jelas terpancar.
(Aku jeles tengok diorang pakai peralatan2 mcm org keje kontraktor bangunan tu... hahaha....)


Mereka dengan muka yg sangat2 menJELESkan JR...
(Nak benci ngan mereka ni sbab tak ajak JR... Bleh? hehehe...)


Memacakkan muka gumbira mereka itu sambil mengeLUNCHkan diri memasing.
(Padahal sampai petang kat Laban Rata... hahaha....)

Tak habis2lah diorang nie menjeleskan JR... haha...
LIKE sangat2 the background view.


Woi... jgn posing je tau... buat keje.... angkat simen tu.... hahahaha...
(Aku Suka Awan!!!!)


Saja nak pose glamer jugak... glamer ke?  Opkos lah!! huahaha...
Ni gambar kenang2an bersama artis dari seberang itu.
Masa nak kuar pegi beli cenderamata kat Pasar Philipine.
Thanks to the photographer.
(Sorry tak ingat nama... huhu..)
 
Sempat lagi meMOSINGkan diri.
Pekena ABC buah2an sekejap kat Pasar Lama KK.
SODAP!!!!!
Muka  stim melantak Latto... hahaha...
Ingatkan dia tak biasa... padahal....
Berselera sangat dia masa tu....
Berakhir sudah penjelajahan mereka kat Sabah.
Gunung tu pun mereka dah tawan...
Sekarang masa untuk kembali dari medan.
huwaaaaa~~~~
bye bye~~~~~



Ok. Itu sahaja untuk post kali nie yer.... Nak gi baca buku memandu plak... hahaha...

Salam sayang untuk semua,
JRP aka. JR