Wednesday, February 24, 2010
PULAU MAMUTIK, SABAH
Kali ni kita enjoy ngan tengok2 gambar jelah yer...
Malas nak bebel2 lah... haha...
Actualy, gambar ni bertarikh 7 Februari 2010, Ahad.
Masa tu memang nak sangat2 pegi Pulau Mamutik nie sbab boring2 sangat kat umah..
Pendek kata, nak tenangkan fikiran lah yg memang berselerak masa tu.
Sibuk ngan kerja, kerja dan kerja.
Pastu, futsal, futsal and futsal.
Bola sepak, bola sepak dan bola sepak..
Asyik training je memanjang.. aiyoyo...
Asal balik je mesti penat dan tertido...
So camna nak update blog???
Sudah!! Jgn bebel2 lagi...
Jom tengok gambar...
Gambar masa kat entrance masuk Pulau Mamutik.
Segala bagai fees sebelum masuk...
Masa tiba dalam jam 10.00am mcm tu org dah ramai dah..
Kan betul!! Ramai org.. haha..
Jgn pedulikan couple tu...
Actualy, nak tangkap gambar kayak tu je tapi tepaksa juga snap..
(Pulak... alasan sangat kan~~~)
Pertejemahan ke bahasa Melayu versi Sabah
"Tidak pandai baranang, jgn betabiat mo turun main air"
Ok, menatang ni dipanggil BIAR-AWAK...
That why org tak kisah sangat ngan menatang nie...
Suka2 dia je hidu2 beg org kan!!!
Sepak kat testis tu baru tau!!! hahaha...
Dan ini adalah ikan untuk di panggang...
(Ikan?? Sapa rasa2 sya tipu?? Btul sya tak tipu.. itu ikan lah...)
Tinggal setengah lagi yg nak di panggang.
Ini topeng untuk mereka yg nak main pasir...
Masa tu angin bertiup kuat so kena pakai ni untuk bernafas...
Jgn tak pakai tau... Hahahaha....
(Jgn gelak!!!)
Batu nisan untuk orang yg suka menyelam dalam pasir!!
AWAS!!!
Yg botak tu nama dia Keris Dauturi..
Tak caya?? Tanya kat akak seksi tu..
**sawan..
AMARAN!!!
Kalo nak pegi mandi jgn tinggalkan ayam yg dipanggang...
Tak pasal2 makan ayam hitam yg diimport khas dari Afrika kang!!!
(Padan muka!!!)
**padahal sendiri juga yg makan... kui kui kui...
Segala bagai barang yg disusun dengan sangat "rapi" sekali...
Tu lah kerja anak2 dara tu smua...
Sesuwai sangat tuk dijadikan bini...
(Habis rumah berselerak kalo mcm tu... wakwkawkak..)
Sya sendiri pun terkejut beruk bila dapat tau
yang Jericho Rosales pun ada kat situ pada masa tu..
Gambar Atas : Jericho Rosales
Hah!! Ni lagi Jericho Rosales!!! Sapa lah yg paparazzi sangat nie yer...
Takpa2, org hensem mesti dapat coverage lebih...
***sawan-ing.. lol
Jericho Rosales tengah bersantai2 rendam teloq.. haha...
Cinta cintun si urang puteh...
Urang Jipoon main layang2....
Yer, adik2, abg2 n akak2 yer...
Untuk pergetahuan, inilah dia Ikan mhilis..
Sebut betul2.. MHILIS... MHI.. LIS...
Tak caya??? Tanya uncle kata bawah nie...
KAN!!! Tulah, tak nak caya... kan...
Salipar berkaler pink... aiyooo...
Kesian orang tu kena tinggal sendiri2...
(Nak gi teman dia jap... lalala~~~)
The sun is set again??? Erk!!!
Sun.. set.. go!!
"Ini adalah boat laju...
Ia bergerak sangat laju...
Sebab pemandu bot tu bawa laju2...
Itu lah ia si bot laju~~"
(***kojol~~)
Ini adalah mer-maid...
Maksudnya, org gaji yg dipanggil Mer sbab nama dia Merry..
hahaha..
Baiklah, sekian saja acara
"Jalan-Jalan Buat Taik Mata"
untuk kali ini...
Diharap anda semua terhibur dan terliur2 melihat gambar2 ini...
Sekian, dan slamat bercuti2 Sabah...
SABAH... BEST BAH!!!
BULIH BAH KALAU KAU!!!
Salam sayang,
Jerung Rimba Putih
Friday, February 19, 2010
MY NEW CD COLLECTION
Ni adalah koleksi lagu album terbaru kat rak CD sy yang
mana ianya sungguh2 memeranjatkan sy.
Yelah, dalam diam2 member ni adalah seorang artis penghibur rupanya.
Haha... dah dengar semuanya lagu2 kat dalam.
Suara memang sedap (dah nama pun artis kan?? haha..)
Semua lagu2 dalam track memang unik dan lain dari yang lain.
So, memang tak rugi beli n dengar lagu member nie.
Sampai2 jak rumah trus pasang kat player ruang tamu tu...
Baru nak dijadikan collection dah mama minta plak..
Dah lah aritu beli tinggal satu je kat pasar malam Kg. Air, KK tu.
Mama pantang dengar lagu2 kadazandusun,
kalo skali jak dengar confirm trus jatuh chentaaa....
kalo skali jak dengar confirm trus jatuh chentaaa....
Btw, kat mana lagi ada jual agaknya yer???
Takpa2, later kena pegi survey kedai ke kedai plak.. haha..
Anyway, its 04.21am morning so think I shud get ready for some sleeps.
The bed is calling me ordy.
Takpa2, later kena pegi survey kedai ke kedai plak.. haha..
Anyway, its 04.21am morning so think I shud get ready for some sleeps.
The bed is calling me ordy.
Much love,
Jerung Rimba Putih
Tuesday, February 16, 2010
THE GREATEST CREATURE : THE MINIMONSTER!!!!
There's so many thing that I wish I can share with you guys here. I really3 hope that I can list em' down here but there's just too many i guess. With that I will share with you all about one of the greatest story about humans' birth and how beautiful God's creation is.. It's all start with a cutie pie named Joanna Amber John. Yes, my gggrrrreeeeeaaaaattt wifie!!! haha..
Right! She's no more a minimonster but she's already a CutiePieMonster right now. I cannot recall when her befday was. And all I can think about her is happy and of course makes me smile big most of the time. She is getting cute and so do I. **commercial break
And this is some of the memories that I wish to share with you guys. My third time photography by using a nice gun than what I have owned before...
This is when she was around 1 to 2 month old.
Above : Both cute huh! haha... guess so.. (**Choking.. haha..)
Bottom : This is her 3 month old pics.
Nothing much to comment because sometime the potraits said em' all.
I just love this picture when the cutie pie, Joanna stare straight to the lense. The expression she gave is so heart-cooling. haha...
Had to remove her hand because she always like to put the fingers into her mouth.
Notty yer!!! haha.. Geget kang!
The two Grand-so-call generations.
The Grandmother and Grandaugther.
While she was distract by the cat.
Kid's natural expression.
I just love it.
The one that can makes me smiling big.
Okay, ladies and gentlemen.
That's all for today.
Hope you guys enjoy scrolling the album.
Have a good time.
Much love,
Jerung Rimba Putih,
Snave Guy Lavoie JR
Tuesday, February 9, 2010
CONTINUE PRACTISING
Still at the try-an-error stage. Keep practising.
That's all for this session BLA3ing. Till next time. See ya.
Much Love for ya' all,
Jerung Rimba Putih.
Sunday, February 7, 2010
PULISSS... TANGKAP NEH BUDAK NAKAL!!!
Malam tadi memang boring sangat2 sbab penat main bola then trus mandi n tido tidoran... menunggu sms2 dari org2 tersayang. Ada lah sms skit and puas hati lah jugak dapat reply mereply nie. Tetiba abg masuk bilik bangunkan JR ajak nak main mercun.. Dah sah lagilah budak bangang sekor nie buang2 duit tuk menda2 bangang tu... Berabis beratus2 duit then tak sampai berapa saat pun dah habis...
Dia tak sayang duit itu urusan dia then aku just enjoy jelah tolong2 ketipkan lighter and menikmati sronoknya berCrazy Bang dan indahnya menonton siaran TV SepuluhBelas iaitu Drama Fireworks haha...
Yg ni plak memang best sangat tengok firework nie dari bawah...
Sekian saja laporan untuk kali ini, sekian dan salam hormat...
Moral of the story : Kalo tanak pokai jgn main mercun... Kalo kena bagi free boleehh...
Salam sayang untuk semua,
Jerung Rimba Putih
Dia tak sayang duit itu urusan dia then aku just enjoy jelah tolong2 ketipkan lighter and menikmati sronoknya berCrazy Bang dan indahnya menonton siaran TV SepuluhBelas iaitu Drama Fireworks haha...
Ni mercun Crazy Bang, kalo tanak pekak badak tutup telinga ngan buldozer sbab dia ni ganas sangat kalo meletup.
Kalo tanak jantung gugur sampai perut pastikan bersembunyi jauh2 atau timbus diri dalam tanah. Kalo tak pun tempah keranda dulu sebelum main untuk yg tak kuat semangat tapi berlagak nak main jugak...
Benda ni nampak mcm bodoh je sbab dia satu bijik je dah berharga dalam RM8-RM10 untuk SEBIJIK!!! Kena tengok juga lah dari mana beli kan...
Yg ni plak memang best sangat tengok firework nie dari bawah...
Sekian saja laporan untuk kali ini, sekian dan salam hormat...
Moral of the story : Kalo tanak pokai jgn main mercun... Kalo kena bagi free boleehh...
Salam sayang untuk semua,
Jerung Rimba Putih
Saturday, February 6, 2010
SUATU MASA DULU
Rasanya dah lama aku berfikir yg smua gambar2 masa aku kecik2 dulu dah terbakar. Yelah, dulu aku dan sekeluarga pernah mengalami kebakaran rumah yg mana semua benda yg dapat diselamatkan cuma barang2 elektrik saja. Smua pakaian dan harta benda lain dah terbakar TERMASUK dokumen2 kelahiran seisi ahli keluarga yg mana ada IC, sijil kelahiran, surat kawin, gambar2 masa kecik satu family and banyak lagi lah surat2 yg penting. Sbab smua dokumen2 tu disimpan dalam satu beg case dan digantung je kat dinding.
Masa kebakaran tu smua panik so memang tak teringkat pun pasal benda2 tu... Sayang sekali masa tu aku kecik lagi dan masih ingat lagi yg aku just kaku menangis melihat bapa mcm org hilang akal nak masuk balik rumah yg tengah marak dijilat api tu walaupun penduduk sekeliling cuba halang dia.
Masih ingat lagi petang tu sekitar 1.30pm mcm biasa kakak akan masak kuih tuk mama yg suka tonton tv ngan cerita2 telenovela. Tetiba org teriak kat luar mcm kena sawan babi. Then akak yg tengah masak pun tetiba mcm kena sawan babi juga nak tarik2 kitorang smua suruh kluar dari rumah. Asap berkepul2 masuk ruang tamu. Smua dah kluar.
Tetiba masa kat luar mak tanya mana abg(David). Kakak geleng2 kata tak tau. So, kali ni mak plak jadi heroin. Mak lari masuk rumah semula teriak2 pangil nama abg. Masa tu abg tido nyenyak lagi kat ruang tamu. Tak terasa kot sbab asap tu kan tinggi. Tetiba mak kluar dari pintu belakang ngan abg yg masih liat2 lagi keadaannya.
Bapa balik dari kerja dan aku pun terkejuk juga bila bapa pun mcm kena sawan babi jugak (hahaha..) dan kali ni dikapaknya jendela itu dengan tergesa2 dengan tujuan dapat menyelamatkan harta benda kami. Aku terdiam kaku nangis saat bapa bersabung nyawa dan aku cuma hanya berdiam diri sbab dipegang erat oleh mak.
Dan kini yg tinggal kenangan cuma satu gambar ini, lah iaitu gambar satu family yg mana digunakan untuk mendapat permohonan penduduk tetap oleh bapa. Nak apply IC jadi penduduk tetap waktu tu so kena ada gambar membuktikan yg bapa dah lama bermastautin di Malaysia dan dah beranak pinak dah... So, rasanya tinggal satu nie jelah gambar yg ada...
Ni lah gambar seisi keluarga yg betul2 cuma tinggal satu sbab ini adalah salinan daripada imegresen yg dikembalikan beberapa tahun kemudian. Syukurlah masih ada gambar aku masa kecik2 dari takda langsung. Mak kata masa aku kecik badan gemuk nak mampus mcm panda bunting.
Tak caya ke???
Ni lah aku masa kecik2. Masa baru jadi anak ikan jerung....
Ni masa anak ikan tu dah jadi Jerung Rimba Putih yang gagah perhensem! har har har...
Btw, punca kebakaran adalah disebabkan oleh org Indon yg guna pemasak air pakai besi je main celup tu. Diorang bangang sbab sibuk je ngan berjudi sampai tak ambil kisah pasal benda tu dah meletup agaknya...
Oklah, kang crita panjang2 kata aku bebel plak! haha..
Kalo masa bleh diundurkan, aku nak sepak bontot org Indon tu laju2 biar dia tau rasa sakit hati aku skrg... har har har
Moral of the story : Kalo masak air jangan sibuk buat benda lain. Berjudi plak tu. Bangang!!!
Salam sayang smua dari,
Jerung Rimba Putih
Friday, February 5, 2010
TAK SEPERTI DULU LAGI...
Pada masa ni dia masih dalam keadaan koma... yelah separuh2 sedar kan. Dia masih lagi dapat bernafas dengan baik sewaktu dihidupkan tetapi keadaan nya tidaklah sehebat dan selincah dahulu. Seriak dan sebising dahulu. Kerana dialah yg selalu membuatkan aku tergedik2, terangguk2 dan terlompat2 mcm beruk. Setiap saat2 indah diukir bersamanya. Tidak kira secara statik mahupun bergerak.
Arini aku nak pegi bawa dia jumpa doktor plak. Harap2 doktor tu tak minta upah lebih2, kalo tak tak sihat2 juga lah dia gamaknya.
Ni lah masa2 dia sulit menjalani pembedahan awal. Sian dia..... **ekekeekek
So, skrg aku guna adik dia jelah yg kat atas color biru tu.
So, its mean they will be no more MMS after this. Sedih lah... shait!
Kalo dah hantar hospital pun dia tak baik2 jugak. Habis larr....
Dan nie lah masa2 dia masih ok dan berkawan dengan riang dan rianya... haha....
(T_T) huwaa...
Salam Sayang,
Jerung Rimba Putih
HERE I AM ONCE AGAIN!
===============================================
So, its been a long time I've wish to do a new blog after my first blog was so f**king hard to handle because of too many problem yg aku sendiri pun tak tau napa ia bleh jadi camtu. Susah sangat nak bertolak ansur ngan benda tu. Pening kepala jadinya. Yelah, hotak permberontak kan memang susah nak masuk ajar skit. hahaha.... Tapi rasanya buat baru lagi baik lah sbab nak minta tolong kat org lain pun mesti menyusahkan. Tapi rasanya kali ini lain, cerita2 yg kadang terbuku kat kepala hotak nie sekali lagi bleh diekspresi dan diluahkan dengan baik pada blog nie. Harap2lah sangat kan! Permulaan baru bagi perjalanan baru untuk penceritaan baru yg bukan lagi baru tapi saja2 dibaru2kan daripada org lama dengan pemikiran baru. Wah, dah mulalah ni nak stresskan kepala hotak ngan ayat2 bangang camni. Haha.....
Been so busy with work this lately but yes its a must for a guys like me. Selain busy ngan kerja, sukan dan music merupakan salah satu sumber penyeri hidup. (Selain dapat virtual2 hugs dari org2 yg JR sayang sangat2 lah) Sound weird isn't it but that what love is. I guess! Distance is not an obstacle if you want it so badly. And kadang tu memang lain rasanya kalo kita bercerita dengan member2 pasal musik dan sukan yg kita minat and dia lansung atau kadang2 tak tau apa2... So, i was like.... Alamak, nak sembang2 apa erk ngan ko? Dah lah kita tak sebulu.. Haha... Yelah, lain org lain ah minat dia. Takut dia kecik hati plak lah... aiyoo!
Skrg ni JR dah mula rasa tenang skit ngan hidup menjadi penenang org lain. Kononnya lah. Har Har Har! Padahal diri sendiri pun rasanya mcm tak terurus sangat. haha... Takdelah tak terurus tapi rasanya lagi baik berkongsi2 sesuatu ngan org lain. Daripada bercakap sendiri ngan dinding kat kedai tu.
Selain dapat senangkan hati org, bagi suggesstion walaupun kadang2 kita akan berbunyi macam memandai2 nak ajar org kan? haha.... tapi aku ambil benda tu sebagai sesuatu yg baik.
Tapi oklah sbab ada juga benda nak di isu kan daripada menjadi tunggul buruk kan? Yang berlagak mcm dia tu baik sangat tapi mulut lazer pastu ego. Rasa mcm dia tu betul sbab dia pikir dia tu baik sangat. Bercakap sesedap hati and tak pikir pasal hati dan perasaan org lain. Tapi rasanya aku dah biasa ngan benda2 mcm nie, hilang sorang yg menyakitkan hati mcm dia tu tapi still ada banyak lagi org yg bleh aku sayang and harap2 mereka pun sayang kat aku lah jugak.
NAH, TERLEBEY SUDAH!
So skrg aku pun dah start nak berBlogging semula, harap2 kali ni takda apa2 masalah lagi lah...
Salam sayang buat smua yer
**************
Jerung Rimba Putih
Tuesday, August 18, 2009
MOUNT KINABALU CLIMBATHON RACE

Matahari rasa suam2 pada jam ini.. Sedap sangat rasa angin yang memanggil2 aku dari jendela. So, aku pun decided lah nak kluar training hari ini. So, macam biasa start dengan stretching sebelum latihan. Start dengan gym buatan sendiri yg ada kat rumah. Hoo!!! Penat gila siot. Habis training kat gym tepat pukul 5.30ptg, then aku pun bersiap2 untuk jogging pulak.
6.00ptg! Aku pun start jogging dari rumah. Kalau dulunya, route hanya sekitar kawasan kediaman, tapi sekarang dah upgrade lagi trek larian iaitu dari Batu 7 ½ (Antara Inanam dan Menggatal, middle lah kiranya) dan berlari ke Kg. Sinulihan (Inanam) dan patah balik ke rumah. Kira punya kira, ada lah dalam 5.5km lebih. Agaknya lah. Tak kisah sangat, janji training.

Trek laluan lama.
Trek laluan sekarang.Ikutkan hati, aku nak cuti sebulan pada hujung bulan 9, sekitar 25 September hingga 20 Oktober untuk lanjutkan latihan aku. Tapi nampak gayanya muka boss nampak tak best pulak dan mendung memanjang selepas aku nyatakan hasratku. So, aku kenalah ambil masa sedikit demi sedikit untuk latihan nie. Lagi pula, aku skrg dalam tempoh mengumpul modal sebab nak beli Camera Olympus DSLR. Angan2 kot, tapi aku nak juga wujudkan angan2 aku tu. Yelah, walaupun mengikut skala yg aku kaji, hujung bulan Disember dah boleh dapat dah kamera tu. Tapi still mungkin banyak masalah yang pasti timbul. Dah minat nak buat macamana kan? Tapi harap2 takdalah masalah dalam tempoh darurat aku tu. Harap sangat2.
102 tu nombor peserta dan 76 tu kedudukan peserta. Motif utama latihan nie sebenarnya adalah untuk memperbaiki rekod aku sendiri sebab kalau tahun lepas, aku hanya mampu berdiri di tangga ke-76 sebagai wakil Telekom dari beratus-ratus peserta(47x orang peserta). Kitorang ada 4 orang yang jadi wakil tapi last2 minute tinggal aku ngan sorang lagi pakcik nie yg ikut kategori lelaki veteran. Harap tahun nie aku dapat buat lebih baik sikit dari tahun lepas. Yelah, tahun lepas aku takda latihan langsung, main belasah je naik gunung tu. So harap-harap, usaha kali ini berhasil. Masuk dalam senarai 20 penamat pertama pun dah kira okey lah. Tapi lagi bagus kalau dapat jadi juara. Haha..! Tinggi sangat agaknya angan2 aku. Tapi takda yang mustahil sebab diorang tu pun manusia juga, sama2 makan nasi. Haha..! Tak tau lah omputih tu makan nasi ke tidak. Yang penting, “PRACTICE MAKES PERFECT”. Malas practice, tak sampai manalah resultnya. Tapi aku tahu yang aku tetap hensem.(Apa kaitannya?) HAR HAR HAR
Salam sayang,
Jerung Rimba, JR
Subscribe to:
Comments (Atom)






























